Suleiman Akhlaken

July 13, 2009

Ulama, pendakwa dan budaya cari makan

Filed under: 1 — zra1516 @ 1:13 pm

Tajuk ini bukan mencela atau menghina golongan yang tersenarai sebagai sabda nabi sebagai kumpulan yang perlu dihormati malah disifatkan nabi sebagai pewarisnya. Namun perkataan ulama terutamanya hari ini hanyalah satu gelaran ataupun panggilan yang dalam banyak keadaan si empunya panggilan ini langsung tidak memiliki keperibadian seorang ulama, kecuali mulut yang petah berkata-kata kerana mereka memiliki berbakul-bakul ilmu.

Ulama, pendakwah umpamanya kini telah pun menjadi golongan elit ataupun disindirkan sebagai golongan bangsawan Islam yang kedudukannya sangat tinggi bukan di atas tingkat kerusi atau pangkat tetapi seakan-akan bersila diatas timbunan diatas buku-buku dan kitab –kitab ilmuan mereka.

Bagi saya perkataan ulama hari ini tidak ubah seperti pergelaran Datuk yang bersepah dan lebih menyedihkan ulama hari ini menggunakan status quo piawaian Islam terhadap kemurniaan gelaran itu untuk kepentingan peribadi bagi permainan duniawi mereka dengan menjual segala pengetahuan dunia akhirat.

Saya tidak takut untuk mencela golongan ini malah sudah sampai masanya insan biasa seperti saya selaku umat Islam menuding jari ke batang hidung ulama supaya segera bermuhasabah, sedar diri dan paling penting kalau merasa diri tidak layak eloklah memakai gelaran Pak Lebai sahaja.

Apabila isu lapan pengidap HIV Melayu Islam terpaksa menumpang disebuah gereja di Rawang kerana  ketiadaan tempat tinggal ia bukan isu baru tentang bagaimana gereja “tanpa sebarang prejudis saya tidak menggangap usaha ini sebagai satu taktik mengkristiankan orang Islam, tetapi sebagai nilai murni orang Kristian yang menyeru kepada kasih sayang dan kebaikan”.

Bagi organisasi gereja, peranan mereka turut membabitkan usaha membela golongan terbiar. Adalah tidak adil, sekiranya usaha kemanusiaan itu dianggap sebagai misi kristianiti, hanya kerana gereja turut menyediakan khidmat kemanusiaan kepada orang Islam yang tersisih dan terbiar.

Kita tidak boleh lagi menggunakan alasan Tok Kaduk: Sentiasa menyalahkan orang lain apabila kita gagal menjalankan tanggungjawab terhadap bangsa dan agama sendiri.

Kenapa ulama dan pendakwah yang saya bantai?

Kerana ulama adalah peneraju bagi gerakan ummah samada berorentasikan gerakan dakwah masjid, pertubuhan kebajikan atau apa jua bentuk peranan yang lebih dominan yang sepatutnya mereka mainkan sesuai dengan cabaran zaman yang tidak lagi memerlukan kelompok ulama elit yang lagaknya duduk di bilik mewah berkenderaan kelas A dan sentiasa sibuk ala-ala CEO agama.

Pengalaman Satu

 Setahun yang lalu dengan biaya yang diberikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan saya menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kisah seorang gadis AIDS yang sudah berada ditahap kronik dan dilaporkan oleh doktor mempunyai peluang hidup antara enam bulan ke dua tahun. Gadis ini adalah mangsa rogol ketika masih kanak-kanak dan kemudian tercampak ke Chow Kit lalu menjadi pelacur dan penagih dadah.

Enam tahun lalu, ketika ditanahan penjara, gadis ini disahkan HIV positif, dan mula menerima kesan kemerosotan kesihatan yang sangat mendadak. Ini menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan terbaring di kaki lima jalan.

Atas persetujuan AADK, gadis ini kami pilih sebagai watak utama dalam dokumentari khas yang ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri 2008 melalui Saluran Ria.

Tragedi gadis ini bukan sekadar penderitaan HIV, tetapi lebih menyedihkan enam tahun lalu, ketika mengalami masalah kesihatan dan ketiadaan biaya untuk mendapatkan bekalan ubat bagi penyakit HIV yang dideritainya gadis ini ditemui oleh sekumpulan pendakwah wanita beragama Kristian dan diberikan perlindungan disebuah gereja dengan peruntukan perubatan bagi merawat penyakitnya yang menjadi sangat kronik kerana beliau juga mengidap asma yang serius.

Akhirnya tanpa dipaksa dia mengaku kepada saya telah memeluk agama Kristian kerana amat terharu dengan kasih sayang, perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak gereja ketika beliau melalui sisa – sisa kehidupan yang perit di penghujung hidupnya.

Waktu itu, penagih dadah dan pelacur dianggap jijik oleh masyarakat dan menjadi bertambah jijik dengan kempen-kempen dan pandangan sempit para ulama, yang menjual air liur dengan mencela golongan ini sebagai puak yang dilaknat Allah, dan apa yang mereka deritai sebagai pembalasan akibat dosa mereka.

Pandangan ulama dan pendakwah memberi pengaruh yang amat besar kepada masyarakat kerana mereka adalah jurupandu yang menentu bentuk mentaliti umat Islam terhadap sesuatu isu dan pengaruhnya menjadi lebih kuat apabila golongan ulama memberikan tafsiran menggunakan hukum agama tanpa menggunakan budi bicara, khemah dan hikmah serta nilai-nilai murni dalam Islam berhubung konsep keinsanan dan kemanusiaan.

Ketika pertemua awal gadis ini memberikan syarat: Dia hanya bersetuju kisahnya didokumentarikan sekiranya pihak produksi saya sanggup membantunya untuk kembali kepada Islam dan mengaturkan pertemuan dengan pihak yang bertanggungjawab (ulama dan pendakwah) untuk mengislamkan kembali dirinya.

Penerbit dokumentari ini menghubungi seorang ustaz yang amat-amat terkenal ditanahair dan mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa dalam masyarakat. Kami menjelaskan hasrat produksi untuk meminta bantuan beliau mengislamkan kembali gadis yang sudah pun murtad ini namun usaha kami gagal kerana tiga pekara yang disyaratkan oleh ustaz itu yang pada saya sangat menjijikkan.

  1. Bayaran enam ribu ringgit bagi kemunculan beliau di dalam dokumentari ini.
  2.  Produksi mesti menyediakan bilik hotel lima bintang berkelas suite untuk beliau dan keluarganya.
  3. Membayar semula klim minyak dan tol untuk perjalanan beliau hadir di lokasi penggambaran.

Secara komersialnya, apa yang diminta oleh ustaz yang terkenal ini terutama dari segi kewangan adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin mampu kami bayar bagi sebuah produksi berbajet kecil yang kami hasilkan semata-mata untuk menyedarkan masyarakat mengenai ribuan pelacur dan penagih wanita yang tersadai dijalanan menunggu kematian tanpa sebarang pembelaan.

Dalam keadaan waktu yang suntuk, penerbit program ini teringat akan Datuk Zainal Abidin Sakom, ahli politik dan aktif dalam kegiatan dakwah. Melalui notis enam jam, Datuk Zainal terus bersetuju, malah sangat teruja hingga kami dapat mendengar suaranya yang sebak di telefon, mengucapkan ribuan terima kasih kerana penerbitan kami memberikan beliau peluang untuk melaksanakan satu ibadat yang tidak pernah beliau lakukan seumur hidupnya.

 Akhirnya Datuk Zainal hadir dan majlis berjaya dilakukan dimana hampir semua krew, pelacur dan penagih dadah wanita di sekitar Chow Kit dan serta jemaah surau turut sebak dan menitiskan airmata kerana peristiwa begini hampir tidak pernah disaksikan.

Datuk Zainal sendiri menangis dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi membolehkan gadis itu mendapatkan rawatan kerana ketika itu tahap asmanya sudah kronik.

Persoalan saya ialah apa kejadahnya ustaz popular itu, menuntut begitu banyak harta dunia untuk melaksanakan satu kewajiban dunia akhirat, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab beliau melakukannya secara ikhlas?

Sampai sekarang timbul perasaan benci dan marah terhadap peristiwa itu, di mana saya langsung tidak dapat menerima hakikat seorang pendakwah yang sentiasa muncul di kaca tv dan hampir keseluruhan jadual hidupnya dipenuhi dengan programi ceramah dan koleksi vcd ceramah yang bertimbun laris di pasaran, tergamak mengenakan syarat yang demikian.

Pada saya, ini satu kesesatan yang melampau, seakan-akan ilmu yang ada padanya itu, satu aset komersial yang perlu dibayar, sekalipun terhadap mereka yang ingin menyerahkan diri kembali ke jalan Allah.

Pengalaman kedua

 Anak saudara saya berjaya menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah di Shah Alam. Dia baru sahaja lulus dari Universiti Utara Malaysia dan kebetulan tinggal di kampung, maka pengetahuan dan pengalamannya untuk mengendalikan satu program yang diamanahkan oleh pihak sekolah, terasa amat berat.

Satu hari, dia datang bantuan saya: Mencari nombor telefon seorang pendakwah yang tersohor.

Kisahnya begini, PIBG sekolah tersebut mula merasakan hubungan di antara guru dan ibu bapa pelajar berada di dalam keadaan amat renggang, malah sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya.  Justeru Jawatankuasa PIBG mengambil keputusan untuk menjemput seorang pendakwah tersohor bagi menarik kehadiran ibubapa sebagai kaedah mengakrabkan hubungan.

Topik ceramah dicadangkan menyentuh mengenai betapa pentingnya hubungan guru-guru dan ibubapa demi kebaikan murid-murid, terutama isu yang menyentuh prestasi pendidikan dan akhlak. Ceramah itu secara umumnya juga, diharap dapat menjadi satu pedoman atau tazkirah kepada semua yang hadir agar mengambil berat akan soal anak-anak, serta melihat makna tanggungjawab tersebut dari perspektif Islam.

Malah jawatankuasa sekolah itu turut bercadang untuk menaikan kain rentang, di sekitar kawasan perumahan berdekatan sekolah tersebut dengan harapan menjadikan kawasan sekolah bukan sekadar temapt untuk murid-murid tetapi setahun sekali mampu menjadi pusat kemasyarakatan melalui majlis-majlis dakwah ke arah penyatuan umat.

Saya segera memberikan nombor telefon seorang pendakwah terkenal untuk dihubungi dan saya percaya sekiranya kain rentang yang dicadangkan oleh pihak sekolah memaparkan wajah sang tokoh ini maka sudah tentu populariti dan rasa hormat masyarakat terhadap ketrampilan beliau yang selama ini memonopoli pelbagai program di hampir semua saluran tv tempatan akan mampu menarik ibu bapa, penduduk malah golongan muda bukan sahaja disekitar Shah Alam tetapi juga dari kawasan–kawasan berdekatan terutama Klang.

Al kisahnya begini, apabila anak sudaranya saya menghubungi sang tokoh yang memiliki ilmu agama yang kalau ditimbun boleh menjadi beratrus-ratus bakul banyaknya, dan jawabannya amat mengecewakan. Beliau meletakkan syarat lapan ribu ringgit untuk 90 minit sesi ceramah walaupun anak saudara saya memaklumkan pihak sekolah hanya memiliki bajet sekitar RM3 ribu hasil sumbangan tabung PIBG.

Maka sekali lagi anak saudara saya datang menemui saya untuk mendapatkan bantuan kedua. Yakni mencari dermawan untuk mendapatkan dana tambahan RM5 ribu untuk menampung kos bayaran kepada penceramah tersohor ini.

Saya terkedu dan tidak percaya tetapi itulah kenyataannya dan akhirnya apa yang dapat saya katakana hanyalah satu jawaban yang mudah. “Lupakanlah, kalaulah itu permintaannya majlis ini tidak mendapat barakah kerana yang diundang adalah seorang yang memperniagakan kalam-kalam Allah”.

Memandangkan sudah kesuntukan masa anak saudara saya memaklumkan bahawa penceramah itu ada mencadangkan beberapa nama penceramah yang lain yang sememangnya rate bayaran mereka sekitar RM4 ribu maka disebutlah anak saudara saya satu demi satu nama yang disenaraikan nama penceramah tersohor itu sekiranya pihak sekolah hanya mampu menyediakan dana sekitar RM 4 ribu adalah disebutkan empat lima nama yang sebahagiannya saya kenal dan sebagaiannya tidak pernah saya dengar namanya.

Namun yang jelas pada waktu itu nama-nama itu tidak lagi penting, kerana saya diserang tekanan perasaan yang luar biasa hingga keseluruhan tubuh saya menggigil dan menyebabkan anak saudara saya menjadi takut lalu segera pulang. Untuk pertama kali walaupun sudah 16 tahun berada di dalam dunia media massa saya mendengar kewujudan rate harga berdasarkan standard dan populariti seseorang pendakwah yang telah pun ditentukan di dalam pasaran semasa.

Pengalaman ketiga.

Hubungan baik dengan pihak AADK dilanjutkan lagi dengan penerbitan tiga siri dokumentari sempena persidangan wakil wakil Jabatan Agama Negeri mengenai dadah yang diadakan di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur, mengikut maklumat awal AADK terdapat 200 pegawai agama akan hadir pada seminar empat hari ini bagi mendengar pelbagai pembentangan kertas kerja dan berdialog secara langsung dengan aktivis anti dadah, bekas penagih dadah serta penagih yang sedang menagih.

Saya dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ceramah pada sesi terakhir dan seterusnya menganjurkan program Tinjau Terus pada sebelah malam dengan membawa kumpulan pegawai agama dari seluruh Malaysia ini melawat secara langusng ke kawasan–kawasan panas yang menjadi destinasi pesakit HIV,  pelacur HIV, gadis remaja yang terbabit dengan dadah sintetik, kanak-kanak bawah umur yang managih gam, kumpulan mat rempit yang menggunakan methaphetamin sebagai dadah rangsangan untuk meningkatkan keberanian mengayakan aksi maut ketika berlumba di jalanraya.

Berdasarkan networking saya kesemua permintaan AADK ini berjaya diatur dan saya menyediakan 10 destinasi hot spot bagi membolehkan para pegawai agama melihat sendiri lokasi , aktiviti penagihan malah menyediakan kumpulan penagih yang sanggup berdialog dengan pegawai agama di tepi jalanan secara tidak formal.

Matlamat saya, saya ingin memberi dimensi baru kepada kakitangan kerajaan dan dalam kontek ini. Mereka yang mengendaklikan pentadbiran berkaitan dengan Islam di negeri masing-masing untuk mendapat maklumat first hand dan melihat sendiri apa yang selama ini hanya mereka dengan atau tonton dikaca tv.

Malangnya barangkali kerana program ini dijalankan di hotel empat bintang berikutan bajet AADK yang gak meruncing atau mungkin kerana mentaliti pegawai-pegawai agama yang beranggapan seminar yang berkaitan dengan dadah tidak mempunyai kaitan dengan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing.

Jadi yang hadir hanya 74 orang.  Dalam erti kata yang lain hanya 33 peratus, pihak AADK agak terperanjat kerana sebelum ini angka kehadiran 200 orang itu bukanlah anggaran tetapi adalah maklum balas yang difaks secara rasmi oleh Ketua-ketua Jabatan Agama dua minggu sebelum seminar ini diadakan.

Saya tidak dapat berbuat apa-apa di dalam soal kehadiran tetapi saya mengerah 40 pengarah penerbit, jurukamera dan wartwan yang mempunyai networking yang akrab di kawasan-kawasan hot spot ini untuk merancang dan melaksanakan plan pertemuan Program Tinjau Terus ini dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun pihak AADK memaklumkan kami mereka tidak mempunyai bajet untuk sebarang bayaran melainkan memohon pihak produksi saya memberikan bantuan atas semangat kerjasama demi negara.

Pada saya sampai isu ini wang bukan soal utama tim produksi saya teruja kerana mereka sudah lama melihat lingkaran hidup golongan ini dan amat maklum betapa juahnya kelompok terbuang ini terasing dari masyarakat terutama hubungan dengan pegawai-pegawai agama.

Lapan kumpulan tim program Tinjau Terus dibentuk dengan 10 pegawai agama dalam setiap kumpulan, pegawai-pegawai atasan AADK menyertai setiap satu kumpulan kerana mereka bertanggungjawab terhadap laporan maklum balas bagi program yang pertama kali dianjurkan dalam bentuk di luar persidangan seminar.

Seorang pegawai agama wanita menangis apabila seorang pelacur menderita HIV merayu dia dan kawan-kawannya diberikan telekong dan meminta seorang guru agama dihantar kepada mereka untuk tempoh satu minggu untuk mengajar penagih ini bersolat keadan menjadi lebih sebak kerana seorang penagih wanita, mengatakan dia bersolat setiap kali merasa runcing atau tertekan.

 Jadi kumpulan yang meninjau kawasan Chow Kit ini di bawa ke tempat di mana si pelacur ini bersolat tempatnya adalah ruang tamu sebuah rumah sewa yang didiami oleh golongan mak nyah yang mana ruang tamunya tempat beliau mendirikan ibadah terdapat meja yang penuh tersusun dengan patung-patung Budha.

Manakala kumpulan yang lain sempat bertemu dengan anak-anak pelacur yang bertaburan untuk menunggu bersama ibu mereka setelah selesai waktu melacur. Anak- anak ini tidak bersekolah dan tidak pernah dihantar ke kelas agama malah hanya tahu membaca dua kalimah syahadah sahaja. Seperti yang dirancang kumpulan-kumpulan lain sempat bertemu dengan kanak-kanak berusia 10-15 tahun yang menagih gam dikawasan Cheras dan ada yang bernasb baik berjaya menyelongkari kawasan semak dan bertemu dengan kelompok remaja wanita yang sedang menghisab syabu secara berkumpulan.

Hingga hari ini saya masih menanti apakah impak yang dibawa pulang oleh 74 pegawai agama yang hadir dan apakah seminar dan program Tinjau Terus ini memberikan mereka satu kesedaran baru apa yang sebenarnya berlaku dalam sebuah dunia yang selama ini terasing dari realiti perkerjaan mereka kecuali paparannya hanya mereka lihat dimedia massa.

Apa yang menyedihkan mereka yang hadir hanyalah pegawai-pegawai agama yang tidak mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu apabila pulang ke negeri masing-masing memandangkan kedudukan mereka dalam jabatan hanyalah bertaraf pegawai, yang menyedihkan 67 peratus peserta yang tidak hadir adalah ketua-ketua yang menjadi kumpulan pembuat dasar yang mungkin sekiranya hadir, mampu melakukan sesuatu berdasarkan bidang kuasa yang ada apabila mereka merangka semua tanggungjaawab Jabatan Agama sewajarnya turut membabitkan isu berkaitan dengan dadah, pelacuran, anak-anak terbiar dan paling penting pesakit HIV lelaki dan wanita yang bertebaran di jalanan.

Saya berterima kasih dengan pendedahan ustaz Amin mengenai nasib lapan pesakit HIV Islam lelaki yang  terpaksa menumpang di gereja untuk mendapatkan sumber perubatan dan makanan. Untuk makluman, ini bukan kes terpencil tetapi hampir di semua gereja di seluruh negara melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan sejajar dengan kepercayaan mereka kepada agama Kristian dan saya mengingatkan semua pihak bahawa jangan sesekali menuduh program kemanusiaan ini dilakukan dengan agenda mengkristiankan orang Islam.

Saya mempunyai pengalaman bertemu dengan ratusan aktivis Kristian, Budhha, Hindu, Tao, Zhen malah Yahudi yang menjalankan pelbagai misi kemanusiaan membantu masyarakat Islam atas nama kemanusiaan.

Saya melihatnya di Acheh ketika Tsunami, saya melihatnya di Etopia dan Somalia dalam krisis kebuluran dan perang saudara, saya melihatnya di khemah-khemah Palestin, Jordan, Syria dan Lubnan sepanjang enam tahun perjalanan saya sebagai wartawan ketika membuat liputan nasib umat Islam di garisan krisis.

Sekiranya anda ke Afghanistan, di sepanjang jalan anda akan melihat begitu banyak papan tanda yang membabitkkan projek bantuan makanan, perubatan dan tangki bekalan air, tandas malah pendidikan dilasanakan oleh pelbagai NGO daripada Itali, Perancis dan Amerika Syarikat. Di Etophia di Kabrebeya, Somalia kawasan yang menjadi tumpuan 9 juta penduduk yang kebuluran termasuk pelarian Somalia yang menyeberangi sempadan dan berlindung di Etopia tidak ada satu projek pun dibangunkan oleh gerakan Islam.

NGO Turki memonopoli program bekalan air bersih, Britain menyumbang ke arah kebersihan sistem perkumbuhan, Amerika membangunkan banyak program pertanian manakala Perancis memiliki lebih 100 orang doktor yang bertugas secara suka rela merawat penduduk Etophia yang kebuluran serta pelarian Somalia yang berlindung di tujuh kawasan utama dengan lebih 10 ribu khemah perlindungan.

11 hari berkelana dari Adis Ababa, ibu kota Ethopia yang didiaami lima juta penduduk yang hidup di kaki lima hingga ke Kabrebeya yang dipenuhi dengan kanak-kanak yang mengidap pelbagai penyakit terutama masalah cacing dan kekurangan vitamin malah hampir setiap hari ada sahaja kematian mangsa di bawah umur lima tahun tidak ada seorang pun pendakwah aktivis atau NGO Islam yang saya temui.

Ketika merentas Asia Tengah melihat umat Islam selepas 10 tahun kejatuhan Komunis isu utama di Uzbekistan, Khazastan dan Kyrgstan adalah ketiadaan guru agama serta kekurangan masjid malah untuk mendapatkan satu naskhah Al Quran bagi satu keluarga pun adalah satu yang mustahil.

Jadi pada saya ulama dan pendakwah di negara kita bukanlah bangsawan agama yang hidup dengan menggunakan status mereka untuk menipu dan memperkudakan masyarakat yang mempercayai dan menghormati mereka malah lebih daripada itu mereka juga golongan yang tidak memiliki golongan jiwa apa itu ertinya golongan insan sesame Islam di seluruh dunia.

Tulisan saya mungkin keras tetapi hanya kekerasanlah ilmu yang tidak sempat dipelajari oleh ulama kita. Mereka tenggelam dalam keangkuhan dan kemabukan hidup kerana gelaran ulama dan pendakwah telah menjadikan mereka tidak lebih daripada sang dewa-dewa.

Akhir sekali saya merayu kepada PM, semoga dalam bajet 2010 diperuntukkan dana khas untuk membeli cermin dan kemudian diagih-agihkan kepada semua ulama, pendakwah, ustaz dan uztazah pegawai-pegawai agama serta mereka ynag memakai pakaian Islam agar dapat berdiri di hadapan cermin dan melihat wajah mereka sendiri.

Dan suka saya ingatkan kepada orang ramai supaya tidak lagi merasa tertipu atau takut dengan kenyataan, ulama adalah pewaris nabi kerana sebenarnya hadis nabi yang merujuk kepada pekara tersebut telah didominasi oleh golongan tertentu untuk meletakkan kita di bawah telunjuk mereka.

Bagi saya untuk umat Islam sekarang perjuangan menyedarkan ulama, pendakwah dan mereka yang memakai pakaian Islam agar sedar akan tanggungjawab mereka agar berubah sikap utuk tidak mempergunakan Islam sebagai alat kepentingan diri – kini adalah jihad!

July 11, 2009

UTAYAKUMAR: PLEASE GIVE PEACE A CHANCE

Filed under: 1 — zra1516 @ 8:31 pm

Hari ini Malaysia meraikan seratus hari meraikan pemerintahan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri, secara praktikalnya Najib boleh dilihat sebagai berjaya menggunakan seratus hari ini untuk mengembalikan keyakinan psychology rakyat Malaysia untuk terus mempersiapkan diri utnuk fokus mengembalikan perpaduan negara sebagai asset untuk terus mengekalkan daya saing setempat dan antarabangsa ketika kewangan global masih lagi mengintari kebimbangan ekonomi dunia.

Sambutan hari ini agak simbolik dan berwarna-warni dari segi fizikalnya; satu lumrah yang harus kita pertahankan sebagai sebahagian dari budaya menimbulkan kebimbangan dan meredakan perasaan bimbang dikalangan rakyat setelah begitu banyak kemulut politik yang  membawa kepada prasangka perkauman berleluasa sebelum dan selepas piliharaya ke 12 baru-baru ini.

Seratus hari hanyalah simbolik kerana perjalanan seorang Perdana Menteri untuk memimpin negara apatah lagi ketika untuk pertama kali kerajaan BM mengalami kekalahan yang terus dalam piliharaya ke 12 lalu.

Najib selaku Presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional dan juga Perdana Menteri berada dalam dua suasanan yang sukar tetapi kedua-duanya harus diselesaikan bagi memastikan keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan polotik sebagai aset menjana ekonomi pada period krisis ini dapat dilaksanakan dan seterusnya mengembalikan Malaysia ke landasan yang kompetatif dan mendapat keyakinan pelaburan antarabangsa sebagai destinasi yang bukan sahaja kukuh dari segi infrastruktur ekonomi namun turut menawarkan pakej persekitaran yang baik dalam kontek stabilan politik dan kestabilan kaum.

1 Malaysia yang digagaskan oleh Datuk Seri Najib kini melalui period cabaran yang sama seperti yang dialami oleh Tun Mahathir ketika melancarkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982. Pada tahun pertama Tun Mahathir bercakap mengenai potensi kompromi ekonomi yang lebih baik dengan rakan asia seperti Jepun dan Korea, pembangkang dan golongan konsovatif pada waktu itu memandang sinis usaha Tun Mahathir dan disifatkan sebagai agenda peribadi beliau dalam melaksanakan dasar anti barat sesuai dengan sikapnya yang sering mengkritik dasar ekonomi barat yang bersifat neo-kapitalis terhadap negara-negara dunia ke tiga.

Saya percaya 1111, yang menjadi angkat simbolik Najib pada hari ini akan dimanipulasi oleh pembangkang dengan pelbagai tafsiran yang mengelirukan bagi memanstikan rakyat berada dalam keadaan bingung dan keliru mengenai agenda 1 Malaysia yang digagaskan oleh Datuk Najib dalam usaha membentuk satu barisan rakyat Malaysia yang sepakat dan koheran bagi menghadapi iklim ekonomi dan politik dunia yang lebih kompleks berikutan peristiwa 11 September 2001 serta jatuhnya ekonomi Amerika Syarikat yang mungkin akan memerangkap separuh daripada 500 syarikat gergasi dunia di ambang muflis.

Pembangkang tidak dapat melihat Datuk Seri Najib sebagai pemimpin yang menggunakan gagasan 1 Malaysia sebagai perisai ke arah mengukuhkan daya saing Malaysia tetapi sebaliknya akan memutar belitkan isu ini sebagai agenda politik berikutan kemerosotan sokongan yang dialami oleh BN dari segi komposisi kaum pada piliharaya ke 12 yang lalu.

Bagi Datuk Seri Najib, 1 Malaysia penting pada waktu yang getir ini demi survival ekonomi kerana dengan hanya menawarkan persekitaran ekonomi Malaysia yang stabil dari segi politik dan hubugnan kaum sahaja, Malaysia mampu menjadi destinasi pilihan terbaik bagi mendapatkan FDI, dan sekaligus melancarkan pakej ransangan ekonomi domestik secara berkesan tanpa diganggu gugat oleh sentimen politik perkauman.

Pembangkang dengan reputasi Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang saya gelar Trio duri dalam daging ini akan terus menyerang pakej 1 Malaysia yang dilancarkan oleh Datuk Seri najib sebagai pakej Barisan Nasional dan menyembunyikan keberkesanan idea ini dalam konteks mengembalikan daya saing ekonomi Malaysia sekaligus memperbaiki reputasi kestabilan hubungan kaum yang terjejas akibat percaturan politik parti pembangkang yang menggunakan taktik kaum dan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai strategi menyerang BN pada pilihanraya yang lalu.

Dalam artikel ini, saya memilih M Manorahan, Adun Kota Shah Alam sebagai subjek sikap pembangkang yang bakal memimbulkan sentimen perkauman dan sekaligus membakar semangat masyarkat India untuk melihat isu 1 Malaysia sebagai satu lagi pakej yang cenderung kepada melindungi kedudukan bumiputera dalam Perlembagaan Negara.

Kepada Manoharan yang buta sejarah, suka saya ingatkan: Apa yang terkandung dalam Perlembagaan Negara bukanlah Perlembagaan Umno atau BN tetapi satu persetujuan Kontrak Sosial yang berjaya dibentuk bagi menggantikan Malayan Union dan dipersetujui oleh British dan seterusnya membawa kepada kemerdekaan Malaysia pada 1957.

Apa yang terkandung dalam perlembagaan tersebut tidak bersifat perkauman, apa yang dituntut oleh orang Melayu adalah hak mereka yang dirampas sejak tahun 1511 berikutan pemjajahan Portugis serta kesan kehilangan kuasa Melayu melalu institusi raja-raja yang terus diporak-perandakan oleh British pada abad ke 19 melalui perampasan serta pendudukan kuasa mereka yang akhirnya melemahkan Institusi Kerajaan Beraja yang selama 500 tahun menjadi milik orang Melayu yang mendiami negara ini sebelum bermula era colonial pada abad ke 16.

Mengembalikan kuasa raja-raja Melayu ke tahap istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu yang dicuri atau diputarbelit oleh kepimpinan perikatan sebaktu menuntut kemerdekaan tetapi lebih kepada mengembalikan hak orang Melayu yang dirampas British ketika era penjajahan mereka.

Orang Melayu berhak mengekalkan ketuaannya melalui sistem raja berperlembagaan kerana dunia Melayu sejak 500 tahun yang lalu dibina di atas asas ini.

Dan dalam Kontrak Sosial, yang dipersetujui sebelum merdeka orang melayu dengan rela hati bersetuju untuk menerima masyarakat Cina dan India yang bermastautin di negara ini setelah di bawa masuk oleh British sebagai pelombong timah dan penoreh getah sebagai harga tolak ansur yang perlu dibayar kepada British untuk mendapatkan kembali hak sistem beraja yang dibina bermula dengan era kerajaan Melaka pada 1511 kemudian diikuti kerajaan Johor, Perak, Negeri Sembilan, antara Sembilan negeri asal di Tanah Melayu yang memiliki sistem kesultanan yang didukung oleh peribumi Melayu sebelum penaklukan kolonial Inggeris.

Manoharan boleh sahaja enggan berbaju melayu dan berkopiah sebagai tanda protes untuk mendapatkan status bumiputera kepada semua kaum yang diperjuangkannya. Manoharan mungkin melihat sentimen yang boleh dimainkan oleh beliau sebagai ahli politik dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat India yang dianggapnya ketinggalan dlaam prospek pembangunan negara.

Manoharan memilih jalan yang paling radikal dengan meniupkan sentiment perkauman sebagai platfom politiknya untuk terus meletakkan dirinya sebagai wira masyarakat India dalam DAP dan Hindraf. Tetapi selain memikirkan mengenai tujuh peratus masyarakat India di negara ini namun suka saya ingatkan setiap kata-katanya juga mempunyai impak terhadap lebih 50 peratus orang Melayu yang tentunya sedang menanti dan melihat tindak-tanduknya dalam meniupkan sentimen perkauman yang secara tidak langsung mencabar Institusi Beraja yang didokong oleh masyarakat Melayu.

Saya tidak berniat untuk membangkitkan isu saling mencabar dalam konteks sentimen perkauman ini kerana sebagai anak Malaysia yang sudah 42 tahun hidup bersama orang India, saya tidak pernah mempunyai prasangka buruk tehadap mereka malah dari kecik hingga sekarang saya mempunyai senarai sahabat dan kenalan di kalangan orang India sama ada dari  dunia politik, kewartawanan, kejiranan, rakan seniman malah gangster.

Ketika saya berada di Acheh, saya bersama empat rakan melayu dan 32 rakan Sikh dan seorang pemuda India bersama-sama selama 52 hari di Paro dan Krong Raya, sebuah daerah hitam yang disenaraikan sebagai kubu kuat Gerakan Acheh Merdeka oleh Daerah Operasi Militer (DOM) Tentera Nasional Indonesia.

Ketika itu tsunami baru melanda Acheh, dan memandangkan Bandar Acheh sudah mempunyai begitu banyak pasukan bantuan, saya sebagai wartawan memilih untuk menyusur keluar kira-kira seratus kilometer melalui jalan laut menuju ke perkampungan yang tersisih dan terputus dari bantuan udara dan darat berikutan faktor mukabumi yang menghalang konvoi bantuan darat dan udara memasuki kawasan itu.

32 pemuda Sikh adalah dari Pertubuhan Global Sikh Malaysia yang berpusat di Gurdawara Sikh Bangsar manakala pemuda India yang saya temui di atas kapal Sikh adalah anak muda yang mengetuai satu kumpulan gangster pemungut hutang di Setapak.

Kami 37 orang semuanya menguruskan bantuan makanan kepada lebih 2 ribu mangsa tsunami yang ketika kami tiba sudah empat hari terputus bekalan makanan dan berada dalam keadaan separuh kebuluran.

Pada waktu itu saya mengendalikan operasi bantuan makanan dan perubatan bernilai lebih RM250 ribu sumbangan Tun Mahathir dan bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim.

Konvoi kami bukan sahaja membawa makanan tapi turut membawa kira-kira 500 naskhah Al-Quran, 1000 sut telekung, 16 dozen kotak pakaian serta perbagai peralatan kebersihan yang dibekalkan oleh pelajar-pelajar Fakulti Pengajian dan Komunikasi Massa Uitm.

Selain itu tanggungjawab kami adalah menyerahkan 15 buah perahu nelayan berenjin kecil sumbangan penduduk Langkawi serta benih jagung Taiwan yang disediakan oleh seorang budiman Langkawi, Ku Azhar.

Untuk Manoharan saya mahu beliau tahu saya telah berada dalam detik-detik yang sukar dalam operasi membantu masyarakat Islam Acheh yang berada di ambang krisis bencana alam yang terburuk bagi sejarah Asia Tenggara.

52 hari bukanlah tempoh yang singkat dalam menghadapi pelbagai masalah berada di bumi orang dan beroperasi bersama masyarakat bukan islama yang datang dari Malaysia tetapi mempunyai misi kemanusiaan yang sama. Selain Global Sikh dan seorang gangster India saya turut dibantu oleh seorang jururawat Inggeris kelahiran Amerika dan seorang doktor berketurunan Cina dari Sarawak.

Pada tempoh 52 hari itu kami berjaya menjalankan enam siri penghantaran bantuan makanan yang secara keseluruhannya bernilai lebih RM1 juta hasil sumbangan pelbagai pihak dan kesemuanya dalam bentuk khidmat feri percuma, 600 tan beras, 200 tan gula, 4 ribu botol minyak masak hinggalah ke barangan kesihatan untuk kanak-kanak seperti sabun, berus dan ubat gigi dan ubat kutu.

Saya bangkitkan soal ini supaya Manoharan melihat sebuah lukisan perpaduan yang cantik ini tidak harus beliau conteng dengan warna perkauman semata-mata untuk meraih populariti politik peribadi mahupun parti.

Global Sikh turut membekalkan kayu untuk tujuan membangunkan rumah sementara tetapi memandangkan kami kekurangan tenaga kerja bekalan kayu dan papan itu kami bangunkan sebuah surau yang besar di Krong Raya dan beliau boleh melihat hasil kerja tangan 32 pemuda Sikh, 4 pemuda melayu, 1 doktor Cina, 1 pemuda india dan seorang jururwat inggeris masih kekal sehingga hari ini kerana penduduk Krong Raya enggan merobohkannya mestipun dua tahun kemudian mereka mendapat bantuan dari agensi antarabangsa untuk membangunkan surau baru.

Naskhah Al-Quran, sejadah dan telekong yang begitu banyak tidak mampu kami pikul. Jadi hampir semuanya diangkut oleh pemuda Sikh dengan meredah pantai kira-kira dua kilometer dari tempat feri berlabuh menggunakan perahu kecil dan kemudian berdepan pula dengan masalah membawa semua bekalan itu dengna menggunakan trak tentera sejauh 15 kilometer ke sebuah perkampungan kecil yang sering menjadi kawasan pertumpahan darah antara GAM dan TNI.

Gangster Indai berusia 27 tahun ini, akhirnya menjadi rakan baik saya hingga kini dan setelah pulang di Langkawi dan sebelum berpisah dia memeluk saya sambil menangis dan berkata perjalanan ini mengajar saya untuk menjadi manusia. Sekarang saya tahu orang melayu bukan musuh dan saya harap anda dapat memperkenalkan saya kepada lebih ramai kawan-kawan Melayu agar saya dapat mengenang betapa besarnya pengajaran yang saya alami ketika berada di Acheh.

Pemuda India ini menjual segala harta-hartanya dan memulakan sebuah perniagaan yang sah dengan memiliki syarikat kereta terpakai di Setapak.

Manoharan boleh melemparkan seribu helai baju melayu, atau membakar sampan dan songkok yang enggan dipakainya pada persidangan DUN Selangor atas sentimen pakainan itu menjadikan orang India kehilangan identity dan seolah-olah dipaksa menghormati institusi Kesultanan Melayu.

Namun persoalannya apakah dengan bersikap ‘hero anti hak bumiputera‘ beliau mampu dengan sekelip mata merobah nasib masyarakat India yang dianggapnya tersisih dalam pembanguan ekonomi dan pendidikan.

Bagi saya sekiranya Manoharan berjiwa besar dan tidak membawa budaya ‘samseng kelas satu’ ke DUN Selangor, beliau sepatutnya bersifat lebih prakmatis dan analitikal dengan mengkaji dan meneliti permasalahan sebenar masyarakat India dan menyediakan satu laporan intelektual dan dibentangkan kepada kerajaan secara diplomatik untuk tindakan-tindakan yang lebih konstruktif untuk memastikan hasratnya sebagai pembela masyarakat India tidak menyinggung perasaan orang Melayu dalam konteks mencabar perlembagaan negara yang berkaitan dengan isu hak bumiputera dan kewujudan Institusi Diraja.

Saya tidak hairan kalau Manoharan beanggapan peranan MIC, PPP atau IPF tidak berkesan dalam membela masyarakat India melalu kedudukan mereka dalam BN. Namun adalah tidak adil atas perasaan tidak puas hatinya itu beliau menuding jari kepada hak istimewa orang Melayu sebagai punca masyarakat India dianggapnya mundur.

Selama 17 tahun sebagai wartawan saya sudah berada hampir di kesemua kawasan yang menjadi titik panas masyarakat India. Saya sudah naik turun ke balai polis untuk memberikan keterangan berikutan siri laporan saya sebagai penerbit Edisi Siasat pada 2003-2005 di mana tidak kurang dari 25 episod program saya pada waktu itu meletakkan kerajaan BN dalam keadaan cemas kerana siri pendedahan yang saya lakukan seakan-akan mencabar kerajaan berlaku adil.

Saya mempunyai hubungan yang buruk dengan kerajaan BN pimpinan Khir Toyo kerana memainkan isu nasib masyarakat setinggan India di Kampung Medan, Kampung Lindungan dan Kampung Ghandi. Saya juga terpaksa menghadapi saat-saat hampir dipecat dari jawatan apabila mendedahkan mengenai nasib penoreh getah dan penghuni estet masyarakat India di sekitar Klang dan Banting.

Pengalaman mengajar saya: Anda barangkali akan dianggap berniat jahat sekiranya orang melihat laporan yang dipaparkan secara sepintas lalu, tetapi saya sangat teruja setiap kali dipanggil pihak berkuasa sama ada pihak polis, kerajaan negeri, wakil LPF kerana saya yakin panggilan ini adalah tiket terbaik untuk saya melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Saya menyediakan fail yang lengkap, data yang terperinci malah usul dan cadangan bagaimana kerajaan dan pihak berkuasa boleh memainkan peranan menangani isu yang saya paparkan dan sekaligus mengalihakan sesi soal jawab ini dari bersifat tegang kepada pertemuan yang merangsang perbincangan yang konstruktif demi kebaikan semua pihak.

Saya pernah ke Bukit Aman, dan seperti biasa pihak polis sentiasa dengna imejnya yang perlu kita fahami iaitu setiap tindak-tanduk mereka adalah untuk memilihara kesejahteraan negara.

Seminit dua mungkin saya terpaksa bertenang mendengar rentak soalan gologan professional yang dipertanggjawabkan kestabilan politik dan hubungan kaum tidka terjejas akibat laporan saya yang tegas dan kritis. Namun dengan sikap diplomatik dan keupayaan saya membentangkan semua data dan fakta malah laporan lengkap yang saya tau boleh menjadi peluang kepada saya agar isu ini boleh diserahkan kepada pihak polis kepada pihak berkuasa ia akan menjadi satu dokumen lengkap untuk mereka menganalisa apa yang terkandung dalam laporan saya.

Biasanya setiap pertemuan akan berakhir dengan mesra walaupun ada masanya amat sukar untuk meyakinkan mereka seorang wartawan tidak hanya melaporkan sesuatu peristiwa untuk tujuan menjadikan rancangannya popular tetapi seperti pihak polis dan ahli politik, wartawan berkongsi aspirasi yang sama: Yakni kita sama-sama bertanggungjawab untuk saling membela antara satu sama lain demi keadilan dan demi perpaduan serta rasa persaudaraan yang melangkaui batas kaum dan agama.

Jadi kepada Manoharan yang saya baca wawancara terkininya dalam akhbar Roket keluaran minggu ini, suka saya nasihatkan untuk tidak menyarung baju DAP hingga dia tidak mempunyai pakaian sendiri sebagai individu yang mempunyai harga diri dan misi hidup sebagai manusia. Parti hanyalah alat untuk kita berjuang dan jangan sekali-kali kita diperalatkan oleh parti terutama pengaruh dari kalangan mereka yang melihat politik semata-mata untuk kuasa dan bukan untuk rakyat.

Manoharan boleh memilih untuk tidak memakai baju melayu dan songkok kalaulah itu prisip peribadinya, tetapi mencabar Perlembagaan Negara dan memperlekehkan Institusi Diraja sudah tentulah tidak molek kerana walaupun perbuatannya itu menjadikan beliau popular di kalangan masyarakat India tetapi sebagai ahli politik di sebuah negara berbilang kaum beliau juga harus mengkaji risiko perbuatan tersebut terutama isi hati orang melayu yang mungkin akan tersinggung dan menganggap tindakannya sudah melampaui batas.

Suka saya dedahkan ketika Hindraf mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur dua tahun lalu yang membawa kepada penahanan Manoharan di bawah ISA, harga itu tidaklah mahal berbanding maklumat yang mungkin beliau tidak ketahui dan saya dedahkan di sini untuk seorang ahli politik yang matang mendapat maklum balas yang mungkin tidka beliau ketahui.

Ketika Hindraf merancangn untuk mengadakah demonstrasi ke dua, di kalangan orang melayu sudah timbul rasa marah dan ramai golongan muda yang bergabung di bawah ikatan yang berorentasikan Melayu mendesak kepimpinan gerakan mereka untuk bertindak balas secara keras.

Saya sendiri bertemu dengan ramai ahli-ahli PEKIDA dalam tempoh seminggu siang dan malam kerana kebanyakan mereka adalah teman baik saya yang datang untuk mendapatkan pandangan politik saya mengenai isu ini.

Kebanyakannya memulakan perbicaraan dengan penuh emosi untuk turut berkumpul dan menghadapi Hindraf sebagai kumpulan anti Melayu. Namun saya menasihatkan mereka untuk tidak bertindak sedemikian kerana zaman sudah berubah, peranan orang melayu sebagai bangsa utama dan mejoriti di negara ini tidak boleh lagi digerakkan secara emosi.

Hari ini sikap dan kematangan orang Melayu mempunyai hubungan langsung dengan kestabilan politik dan ekonomi negara. Maka itu orang Melayu harus berhati-hati kerana masyarkat dunia akan merujuk kepada sikap, peranan, kematangan dan toleransi apabila meraka menilai iklim politik dan ekonomi Malaysia.

PEKIDA tidak lagi boleh bermain api kerana kedudukan pertubuhan itu amat kuat dan sangat berpengaruh dalam konteks menentukan ‘emosi dan pemikiran orang melayu’ dalam kes-kes yang berkaitan dengan maruah Melayu.

Saya katakan maruah Melayu dalam dunia moden hari ini tidak boleh dibeli atau dijual dengan keberanian, keganasan, atau apa jua bentuk yang memperlihatkan kita adalah bangsa yang emosional dna saya yakinkan mereka apa yang berlaku bukanlah aspirasi masyarakat India, tetapi Hindraf bangkit dan berdemonstrasi kerana kebanyakan daripada mereka dikelirukan oleh sentimen politik.

Saya mengatakan pandangan saya, jika orang Melayu ingin terus kekal sebagai pemimpin dan Islam ingin terus dihormati maka inlah detik paling menguji untuk kita semua bagi membuktikan kita tidak perlu dituduh melindungi kepentingan sendiri melalu Perlembagaan Negara yang diputar-belitkan namun sebaliknya berkat kesabaran dan kematangan orang Melayu Islam mampu melindungi bangsa lain yang berada bersama mereka dalam sebuah negara yang merdeka.

Saya berterima kasih kepada PEKIDA dan 295 ayahda di seluruh negara kerana turut berkongsi pendirian yang sama yang menyebabkan angin kencang untuk bertindak balas terhadap Hindaraf beku begitu saya dan orang Melayu menerima hakikat bahawa rakan mereka dalam Hindraf adalah benteng manusia yang disedia oleh pembangkang untuk menjadikan benteng berdarah demi kepentingann golongan politik yang tidak pernah tahu betapa indahnya cinta dan kasih sayang yang sudah dibangunkan selama ini.

Apa yang perlu kita teruskan sekarang ini ialah usaha untuk terus menanamkan semangat cintakan pelbagai bangsa dan sekaligus membiarkan jaguh-jaguh perkauman di pentas politik terus berucap dan akhirnya menjadi kawanan anjing heyna (spesis anjing paling ganas yang sanggup membunuh segala jenis binatang termasuk sepsis sendiri demi survival) yang menyalak bukit.

Akhirnya anjing-anjing ini akan kembalik ke rumah masing-masing dengan menggonggong tulang- temulang sendiri dan mula belajar menghargai apa itu makna kasih sayang kita semua sebagai rakyat Malaysia yang mereka sebagai pemimpin tidak pernah mengeri dan menikmati.

Hello Mr Manoharan – sesekali kalau punya waktu yang lapang mudakanlah diri anda dengan menikmati irama hippies John Lennon yang mungkin menjadikan anda seperti saya yang sentiasa percaya: All we are same… Give peace a chance.

July 10, 2009

Guan Eng: Si taukey kilang kain

Filed under: 1 — zra1516 @ 10:13 am

Dengan kaca mata petak dan stail rambutnya yang disibak tepi, tersusun rapi barangkali menggunakan minyak rambut jenama Tan Cho, serta sejak berkuasa ini kegemaran Guan Eng menggunakan sut berwarna hitam, menampakkan dia seperti taukey kilang kain dalam drama bersiri Cina yang sering ditayangkan di RTM.

Cuma gaya taukey kilang kain yang popular dikalangan penonton kerana wajahnya yang kacak itu dan kebetulan mirip pula dengan Guan Eng maka siri itu walaupun kini diulang tayang masih mendapat rating yang tinggi.

Namun tinggi lagi rating Berita Perdana atau Buletin Utama sekiranya ada isu membabitkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng.

Apa yang menjadikan Guan Eng popular?

Sudah tentu kerana kelicikannya dalam bermain politik terutama tabiat buruknya yang sering menyalahkan kerajaan sebelum kepimpinan beliau setiap kali berdepan dengan isu-isu tertunggak yang kini menjadi tanggungjawab beliau.

Guan Eng sepatutnya mengantungkan gambar Koh Tsu Koon, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam pejabatnya supaya rakyat faham bahawa di dalam banyak keadaan Koh Tsu Koon masih berkuasa dan memiliki tanggungjawap mentadbir Pulau Pinang terutama berhubung isu-isu sebelum beliau menduduki pejabat Ketua Menteri.

Kampung Buah Pala adalah isu terbaru, Guan Eng menyalahkan kepimpinan Tsu Koon dalam isu membabitkan nasib 21 keluarga yang menduduki tanah yang sudah mendapat perintah mahkamah untuk dimajukan pemiliknya.

Hairannya kenapa Guan Eng menyalahkan Tsu Koon sedangkan di dalam pilihanraya yang lalu beliau menggunakan isu kampung Buah Pala sebagai sentiment perkauman untuk mendapatkan sokongan masyarakat India Pulau Pinang dengan membangkitkan keputusan Tsu Koon untuk menyerahkan tanah itu kembali kepada pemaju sebagai satu gambaran kerajaan BN tidak bertanggungjawab terhadap nasib minoriti penduduk India.

Guan Eng yang kini menjadi taukey Pulau Pinang tidak boleh sentiasa menyeret sejarah kepimpinan lampau untuk survival politiknya yang sentiasa bergoncang berikutan pelbagai isu mengenai pembanggunan Pulau Pinang yang gagal beliau laksanakan walaupun sudah dijanjikan kepada rakyat ketika kempen pilihanraya ke – 12 yang lalu.

Hampir 18 bulan memerintah Guan Eng harus menjadi seorang yang pragmatis, futuristik dan peka pada tanggungjawabnya sebagai pemimpin masa kini.

Permainan politik Guan Eng  yang sering menyalahkan Tsu Koon, menjadi jenaka dikalangan teman-teman saya.

Kami sering berfikir, sekiranya Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sentiasa menggunakan alasan penjajahan sebagai punca negara tidak dapat membangun selepas kemerdekaan 1957, maka terseretlah nama Inggeris sebagai punca dan Inggeris pula akan menjawab, kehadiran Jepun di dalam perang dunia ke-2 adalah penyebabnya serta kegagalan Belanda bersifat adil adalah antara sebab Inggeris tidak dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada Tanah Melayu. Akhir sekali Belanda pula akan berkata ini semua salah Portugis.

Tetapi Tunku Abdul Rahman di dalam pelbagai kemelut dan cabaran melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin perikatan melangkah kehadapan tanpa menyalahkan sejarah sebaliknya melihat matlamat masa depan sebagai satu cabaran yang harus dipenuhi tanpa perlu menyalahkan orang lain.

Tradisi Perikatan ini diteruskan oleh kepimpinan BN hinggalah ke era Datuk Seri Najib sekarang malah ketika UMNO mengambil alih Terengganu daripada PAS dalam pilihanraya ke -11, kepimpinan Datuk Idris Jusoh tidak pernah sekalipun membangkitkan beban pembanggunan negeri Terengganu dengan menyeret nama bekas Menteri Besar, Hadi Awang yang memimpin negeri itu setelah menguasai pilihanraya ke – 10.

Guan Eng adalah taukey kilang kain yang barangkali makan gaji buta kerana sentiasa merujuk segala masalah sebagai tanggungjawap Tsu Koon yang kini berada dalam kabinet Kerajaan Pusat .

Kepada Guan Eng suka saya sarankan untuk lebih berjiwa besar kalau ingin menjadi pemimpin terutama pada satu kedudukan yang besar  kerana beliau kini mengepalai sebuah negeri antara yang termaju dan paling produktif di Malaysia.

Guan Eng boleh menjadi pengemis terhormat dengan sentiasa meminta kerajaan Pusat bertanggungjawab pada semua kes yang membabitkan keputusan kepimpinan era BN.

Lihatlah pada Barrack Obama yang mengambil alih kepimpinan Bush. Obama adalah presiden kedua dalam sejarah politk Amerika yang menduduki White House dengan beban ekonomi dan dasar luar yang sangat buruk.

Malah bagi sejarahwan politik, nasib Obama lebih buruk dari Presiden Roosevelt yang mengambil alih White House dari kepimpinan presiden Hoover, ketika era kemelesetan ekonomi yang paling buruk di dalam sejarah Amerika.

Roosevelt menduduki White House ketika kemeletan tahun 1933, dimana 5 ribu bank di Amerika diisytiharkan muflis, manakala kadar penggangguran berada dibawah 25 peratus dan 25 peratus lagi rakyat Amerika pada ketika itu bekerja dengan pendapatan separuh gaji.

Ketika Rooselvt mengambil alih 30 peratus rakyat Amerika tidak memiliki rumah dan hidup di khemah-khemah ditepi jalan dan kanak-kanak pula berada pada tahap kesihatan yang paling buruk di dalam tempoh 250 tahun kewujudan Amerika.

Amerika pada waktu itu tidak ubah seperti negara miskin di Afrika sekarang. Namun Roosevelt berjaya membangkitkan kembali semangat daya saing Amerika dan beliau menjadi ikon hingga kini dimana dari zaman kemelesetan itulah bermulanya titik tolak negara Uncle Sam itu bangun dan tanpa menoleh ke belakang terus mendominasi ekonomi dan politik dunia hinggalah semuanya tumbang akibat percaturan buruk Geogre Bush.

Hingga hari ini, pelbagai isu yang membabitkan Wall Street hinggalah kepada jatuhnya Golden Sach, AIG, Freedie Mae dan General Motor, Obama memilih untuk membentuk pasukan ekonomi terbaik, membetulkan semula hala tuju ekonomi Amerika  dan pada masa yang sama membaiki imej politik Amerika termasuk isu Gitmo, Iraq, Afghanistan serta meredakan sentimen dan ketegangan dengan Iran dan Korea Utara.

Guan Eng tidak boleh menjadi taukey kilang kain dengan imej seorang hero yang berambut rapi dengan gel Tan Cho, tetapi corak pemikirannya tidak ubah seperti pelakon tambahan yang apabila muncul dialognya hanya sama : “Semuanya salah kerajaan dahulu!”

Apabila Guan Eng enggan bertemu dengan penduduk Kampung Buah Pala bersama peguam dan penasihat kumpulan itu, jelas memperlihatkan sikap pengecut Guan Eng dan memang dia sebenarnya seorang pemimpin yang tarafnya hanya taukey kilang kain.

Bukankah budaya perundangan selama ini menjadi tradisi dinegara ini yang dibentuk oleh pembangkang. Bukalah fail Karpal Sigh dan anak-anaknya, dan lihatlah betapa banyak kes-kes rakyat yang mencabar kerajaan BN berada dalam tangan trio keluarga Karpal sejak dahulu hingga sekarang.

Rujuklah isu kerpan di Kedah, royalti minyak Terengganu pada era PAS, hak tanah penduduk yang terbabit dengan pembanggunan laluan minyak di Melaka, serta ratusan lagi kes-kes rakyat menuntut hak dari kerajaan BN, semuanya disokong pembangkang bukan sahaja melalui proses politik tetapi turut mendapat subsidi sokongan perundangan.

Jadi Guan Eng takut bertemu peguam nampaknya , dia takutkan undang-undang kerana bimbang sebarang salah cakapnya ketika berdepan dengan penduduk Kampung Pala akan digunakan sebagai subjek perundangan sekiranya penduduk Kampung Pala mengheret itu di mahkamah.

Tidak perlulah dipanjangkan cerita tetapi bagi saya melihat Guan Eng dan kepimpinan dan scenario politik Pulau Pinang samalah seperti menonton drama bersiri Cina mengenai kisah sebuah keluarga pemilik kilang kain di Shanghai, China.

Guan Eng bolehlah menghabiskan sedikit masa menonton RTM2 untuk belajar bagaimana meneruskan karaktor dan lakonannya supaya beliau dapat membantu Berita Perdana RTM1 dan Buletin Utama TV3 untuk terus mencapai rating yang tinggi melalui lakonannya sebagai taukey kilang kain di Pulau Pinang.

July 6, 2009

PR Bergelumang Babi di Kedah: Nik Aziz Ada Penyelesaian?

Filed under: Kritikus... — zra1516 @ 1:20 pm

Oleh Suleiman Akhlaken

Sepanjang minggu ini, isu babi di Kedah mengambil tempat dalam ranking dan rating tertinggi media massa tanah air mengatasi isu selsema babi (H1N1) yang melanda hampir 100 negara di seluruh dunia.

Selepas era wabak JE sedekad yang lalu ketika ancaman Virus Nipah itu menyerang dari persekitaran kandang babi di Sg. Perlis hinggalah ke Kuala Lukut Port Dickson, babi tidak pernah mendapat publisiti yang hebat dan melalui zaman kemorosotan populariti.
Apa yang membawa babi kembali menjadi binatang paling popular di tanah air? Sudah tentu kerana percakaran antara DAP dan Pas di Kedah berikutan isu perobohan pusat penyebelihan babi di Kampung Berjaya Alor Setar.

Selain pengerusi DAP Kedah Perlis,  Thomas Su berteriak menyelar rakan politiknya Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah, kemarahan DAP turut membawa kepada penarikan diri Adun Kota Darul Aman, Guan Aik Mengistiharkan dirinya kini adalah wakil bebas di DUN Kedah.

Hingga hari ini, kontroversi babi terus menjadi isu utama di Kedah seakan-akan babi adalah hasil tani paling produktif di negeri jelapang padi yang menghasilkan hampir sepertiga bekalan beras di negara itu.

Kita tak pasti baju siapa yang berlumuran dengan najis babi sama ada baju dua pemimpin DAP ini atau baju Menteri Besar Kedah sendiri, tetapi yang nyata perangnya bolehlah disifatkan sebagai saling membaling najis babi ke muka satu sama lain.

Thomas menafikan babi adalah isu perkauman, barangkali kerana babi adalah binatang yang tidak berkaum manakala Azizan pula menuduh DAP sengaja memainkan isu itu untuk membangkitkan semangat perkauman sesuai dengan kedudukan parti itu yang selama ini beranggapan kerajaan BN yang memerintah selama ini terlalu bersifat ketuanan Melayu.

Pas di Kedah boleh bersikap “Bo layan” pada DAP kerana parti itu mempunyai kedudukan yang mantap untuk kekal sebagai parti memerintah kerana kerusi yang dimiliki DAP di DUN sekadar menumpang tuah untuk membina kerajaan negeri atas nama Pakatan Rakyat.

Pusat penyembelihan itu sudah dimusnahkan setelah empat tahun bertapak di kawasan yang berdekatan dengan pertempatan lebih 5 ribu pertempatan masyarakat Melayu Islam. Namun bagi DAP keputusan kerajaan negeri adalah satu tindakan yang menggambarkan kemuncak kepada hubungan dingin antara DAP dan Pas dalam kerajaan negeri.

Di Kelantan pula, tokoh Pas, Nik Aziz yang selama ini sangat mendokong janji dan persefahaman yang terjalin sebelum pilihanraya belum lagi membuat sebarang kenyataan. Barangkali berpuasa sebentar setelah mulutnya mencetuskan pelbagai ketegangan dengan Umno dan kepimpinan parti Pas sendiri berhubung isu cadangan Presiden Pas, Haji Hadi yang berhasrat menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Selain mencela dan menuduh Umno adalah dalang di sebalik idea Haji Hadi, Nik Aziz turut mencela Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dengan mencabar orang nombor dua parti itu untuk meletakkan jawatan.

Setelah menyertai satu mesyuarat (anak beranak Pas), Nik Aziz meminta maaf kepada Nasharuddin dan isu perselisihan faham antara mursyidul Am Pas dianggap selesai.

Nik Aziz kini barangkali sibuk mengatur strategi menghadapi pilihanraya DUN Manik Urai Kelantan berikutan penamaan calon mengistiharkan pertandingan dua penjuru antara Pas dan Umno bagi merebut kerusi yang dimenangi calon Pas pada pilihanraya yang lalu.

Setakat ini di tengah-tengah ketegangan hubungan Pas, DAP di Kedah berhubung isu babi dan telahpun mendapat komen dan kritikan setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang yang turut menyelar keputusan kerajaan Kedah yang diterajui Pas, belum ada pemimpin tertinggi Pas di peringkat pusat membuat sebarang komen terhadap DAP.

Ini kerana Pas harus berdiam diri bagi menjamin kenyataan Nik Aziz bahawa perpaduan, kesempatan dan semangat muafakat parti itu dengan DAP dipertahankan sesuai dengan teori Nik Aziz bahawa hubungan Pas dalam PR jauh lebih baik daripada parti itu menyertai kerajaan perpaduan bersama Umno.

Saya fikir sekiranya Manik Urai mempunyai jumlah pengundi Cina yang tinggi, Nik Aziz atas semangat kemuafakatan PR mungkin akan menawarkan kepada masyarakat Cina untuk menjadikan Manik Urai dan Kelantan sebagai destinasi babi sesuai dengan semangat beliau dalam mempertahankan perpaduan dan keharmonian hubungan Pas dan DAP.

Nik Aziz mungkin akan menyelak beberapa kitab untuk mencari nas dan dalil bagi menghalalkan Kelantan sebagai negeri babi atas alasan Islam menggalakkan perpaduan serta sentiasa menyeru umatnya untuk berkompromi dengan orang kafir bagi membuktikan kepimpinanan islam adalah bersifat adil dan saksama.

Ini penting kerana orang di Pendang, Kedah, yakni satu lagi kubu kuat Pas yang pernah menjadi kampung kelahiran bekas presiden Pas, Allahyarham Fadhil Nor. Maka eloklah kalau penternak babi dari kalangan penyokong DAP terkapai-kapai untuk mencari tempat membiak dan menyembelih babi, Nik Aziz selaku Bapa Perpaduan dalam PR menawarkan kawasan dan negerinya sebagai penyelesaian bagi menjamin hubungan baik Pas dan DAP dapat dikekalkan demi kemantapan Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan kerajaan Umno yang disifatkannya sebagai komunis.

Kita nantikan ucapan itu, manalah tau Nik Aziz akan menawarkan pakej ini kepada DAP sekaligus menjadi industri baru bagi menjadi ekonomi negeri Kelantan.

July 3, 2009

Musim Bercerai Tidak Bertalak

Filed under: 1 — zra1516 @ 12:33 pm

Sepanjang minggu ini tidak ada filem box office yang mampu menandingi betapa dramatiknya kontroversi yang dialami oleh Pakatan Rakyat terutama krisis yang dicetuskan oleh DAP.

 Kalau semalam Pengerusi DAP Kedah Perlis, Thomas Su secara serius melafazkan talak terhadap PAS dalam kerajaan pakatan rakyat berikutan isu ketidakpuasan hati berhubung tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan tapak penyembelihan babi di Mergong semalam, hari ini Hindraf pula sudah menampakkan hasratnya untuk bercerai dengan DAP di Pulau Pinang.

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat India, terutama berhubung dengan isu pengambilan tanah di Kampung Buah Pala, di Pulau Pinang untuk mereka menilai wajah sebenar DAP, sebuah parti majmuk tetapi dikuasai majoriti masyarakat Cina terhadap minoriti masyarakat India yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat selama ini.

Pengajaran paling besar di dalam persoalan rasa tersinggung penduduk Kampung Buah Pala tentulah kepada Hindraf,  yang selama ini sanggup menjadi kumpulan ekstremis masyarakat India dengan menggunakan sentimen agama sebagai asas perjuangan untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.

Hipotesis saya mudah : Sekarang siapa joki dan siapa kuda ?

Hindraf harus menerima hakikat,  mereka kini laksana kuda lumba yang ditinggalkan jokinya. Apabila DAP sudah membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang dan memperolehi kerusi majoriti bagi pembangkang di Parlimen, Hindraf tidak lebih daripada kuda tunggangan yang sudah tidak diperlukan oleh seorang joki yang kini sudah pun menguasai pentas politik.

Kalau pun Hindraf menjerit dan bangkit membela masyarakat India di Kampung Buah Pala suaranya kini tidak lebih daripada suara ‘perempuan simpanan’ yang ditinggalkan jantannya apabila madu sudah dihisap maka sepah pun segera dibuang.

Peranan Hindraf  bukanlah kecil di dalam membangkitkan kebencian masyarakat India terhadap kerajaan BN malah diperguna oleh Pakatan Rakyat sebagai kambing hitam yang terpaksa berada digarisan pertumpahan darah semata-mata untuk mencetuskan rusuhan kaum menjelang pilihanraya ke -12 yang lalu.

Harga yang perlu dibayar Hindraf cukup mahal apabila sebilangan pemimpinnya ditahan di bawah ISA berikutan perhimpunan liar di Kuala Lumpur yang menjadi  titik tolak kepada strategi Pakatan Rakyat untuk mencetuskan huru hara perkauman di negara ini dengan menggunakan isu kaum dan agama sebagai alat memusnahkan kestabilan politik negara yang diterajui oleh kerajaan BN.

Apakah harga pengorbanan dan perjuangan yang begitu besar masih tidak memadai untuk membuatkan masyarakat India dihargai oleh DAP terutama dalam usaha menyelesaikan isu yang bukanlah besar sangat, mengenai harapan dan permintaan masyarakat India berhubung penuntutan semula hak tanah mereka di Kampung Buah Pala.

Saya terharu  dengan pengerusi pertubuhan penduduk Kampung Buah Pala M.Sugumaran, yang terpaksa berhimpun dan mengumpulkan penduduk India di kawasan itu serta memohon bantuan Hindraf untuk berdemonstrasi bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Bagi saya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang  yang dikuasai DAP dan PKR, apakah langsung tidak menyedari akan hakikat dan perasaan yang terpendam dikalangan pengundi mereka di kawasan petempatan itu.

Lim Guan Eng sudahlah tidak mengendahkan usaha Sugumaran dan rakan-rakannya untuk menyerahkan memorandum bantahan malah  kes ini terheret hingga ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tanpa sebarang usaha dari kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikannya walaupun sudah hampir tiga tahun memerintah.

Lebih memalukan isu Kampung Buah Pala adalah antara sentimen utama yang dimainkan DAP untuk memenangi hati pengundi masyarakat India agar menolak kerajaan BN Pulau Pinang yang dianggap bersifat perkauman dan menyisihkan kepentingan golongan minoriti masyarakat India.

Bukankah Guan Eng  dalam  kempen pilihanraya ke -12  sudah berjanji  isu dan masalah penduduk Kampung Buah Pala akan diselesaikan ?

Sekiranya DAP boleh mencekik leher Ir Nizar ketika pemimpin PAS itu menjadi Menteri Besar Perak dahulu hingga Ir Nizar sanggup menjadi jakun pertama Melayu yang dengan rela menyerahkan tanah petempatan baru kepada masyarakat Cina untuk tempoh satu kurun, tidak akanlah DAP yang menguasai Pulau Pinang secara total tidak  berdaya  melakukan  sesuatu terhadap masyarakat India di Kampung Buah Pala.

Kepada Hindraf,  tidakkah terasa anda kini umpama kuda tua yang sudah tidak diperlukan?

Manakala kepada masyarakat India tidakkah sedar bahawa kaum anda telah diletakkan digarisan maut sewaktu Hindraf melancarkan provokasi perkauman dengan sokongan PR yang memungkinkan tercetusnya trajedi berdarah sekiranya pada waktu itu UMNO bertindak balas dengan membangkitkan sentimen masyarakat Melayu Islam untuk melihat Hindraf sengaja mencabar perlembagaan negara?

Sekarang bukan lagi masa untuk Hindraf dan masyarakat India yang menyokong Pakatan Rakyat untuk menjerit menuntut pembelaan. Logiknya menjelang tiga tahun pemerintahan PR masyarakat India sewajarnya menikmati hasil tuaian yang dijanjikan oleh pembangkang  ketika  nyawa bangsa India dipertaruhkan semata-mata untuk mencetuskan huru hara politik di negara ini.

Sekarang masa untuk berfikir dan menilai kembali layanan dan balasan yang diterima – pada saya  perjuangan Hindraf dan masyarakat India kini berada di tahap sengaja diperlekehkan oleh DAP dan PR.

Seperti di Kedah, DAP boleh bersikap angkuh dengan memohon talak dari PAS untuk keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata kerana isu pusat penyembelihan babi. Di Pulau Pinang DAP seakan-akan menganggap Hindraf dan masyrakat India sebagai gundik yang tidak berguna lagi.

Sedarlah, sejarah di Perak  sebelum kerajaan BN memerintah Ir Nizar berjaya ‘diperkosa’  kedudukannya sebagai MB untuk menyerahkan tanah berstatus hak milik satu kurun kepada masyarakat Cina.

Inilah DAP yang sekarang tanpa segan silu sanggup menceraikan isteri politik dan dengan angkuh sanggup meninggalkan gundik pengundinya tidak ubah seperti playboy politik.

Sekadar penutup bagi musim cerai tidak bertalak, filem box office minggu ini saya ingin menghantar sedikit isyarat kepada Mursyidul Am Pas, Nik Aziz agar menyorok sedikit iktibar terhadap makna perpaduan. Beliau boleh menolak sebarang usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO sambil meneliti makna perpaduan dan pakatan rakyat dengan merujuk kepada kandang babi dan buah pala?

July 2, 2009

Babi Punca ‘Suami Isteri’ Mahu Bercerai

Filed under: Kritikus... — zra1516 @ 2:23 pm

Kandang dan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya bukan isu baru. Saya berasal dari situ. Sebelum lahir, kandang babi itu sudah pun bertapak dikawasan yang lebih 80% penghuni disekitarnya adalah orang Melayu islam. Lebih memalukan, jarak kandang babi itu dengan pasar dengan pasar Mergong hanyalah sekitar 300 meter.

Tanyalah penduduk di Kg. Teluk Yan, Kg. Berjaya dan Kg. Seberang Terus apa yang selama ini mereka tanggung dari segi sensitiviti melalui kewujudan kandang dan pusat pemiliharaan babi dalam lingkaran kawasan kediaman mereka.

Apa perasaan orang Melayu yang selama setengah abad mengunjungi pasar Mergong yang jaraknya hanya 300 meter dari tapak tersebut?S ebab itu kami tidak makan sayur kangkung yang dijual pasar. Satu trauma kononnya kangkung yang segar dan bermutu tinggi barangkali dipetik dari kawasan berair atau berpaya disekitar kandang babi itu.

Semasa kecil saya akan berjalan kaki sekitar 1km menuju ke rumah ibu saudara saya di Kg. Teluk Yan yang jaraknya hanyalah sekitar 300 meter dari pusat pengendalian babi itu dan bayangkanlah kedudukan di Kg. Teluk Yan, antara pertempatan tertua orang Melayu dipesisir Sungai Kedah dalam kawasan Alor Setar dan di seberang sungai bertentangan dengan kampung itu adalah rumah kediaman Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama.

Tapak dewan orang ramai dan juga kelas tadika yang wujud 15 tahun dulu adalah kawasan permainan saya bersama kawan-kawan dari Kg. Teluk Yan. Kawasan luas itu bersempadan dengan hutan pokok nipah yang tumbuh subur dalam petak paya yang saliran airnya bercantum dengan segala sisa kotoran dari kandang babi itu. Manakala longkang panjang di seberang tapak dewan orang ramai itu mengalir air yang di dalamnya terdapat begitu banyak ikan puyu, selat dan pikor. Setiap kali saya sampai ke rumah ibu saudara saya, tiga perkara akan menjadi amarannya.

(1) Jangan sekali-kali menebang buah nipah dan memakan isinya.
(2) Jangan sekali-kali menangkap ikan laga dicelah-celah perdu nipah.
(3) Jangan sekali-kali menangkap walau seekor pun ikan di longkang depan rumahnya.

Tetapi dalam usia 9 tahun kami tetap meredah kawasan tersebut kerana bagi anak kampung, isi buah nipah lebih enak dari buah rambutan. Manakala kerana kemiskinan, kami hanya mampu memelihara ikan laga yang dikutip dari perdu nipah kerana ikan yang dijual dikedai pada waktu itu dengan harga RM1 adalah sesuatu yang amat mahal. Kami tetap membawa penapis teh yang buruk berkejaran didalam parit untuk menangkap anak puyu dan selat. Dan secara sembunyi-sembunyi menyimpan anak ikan itu dalam tempayan buruk dirumah ibu saudara saya.

Dari mula berkahwin dan mengikuti arwah suaminya memugar kawasan perkampungan di pinggir sungai, arwah ibu saudara saya menghabiskan umurnya dengan sentiasa hidup dalam ketakutan pada sayur kangkung, buah nipah, ikan puyuh serta kehadiran anak-anak saudara yang bercuti di  rumahnya. Ini semua trauma tipikal yang dialami oleh seorang Melayu Islam terhadap kandang babi yang terletak hanya 300 meter dari rumahnya yang bersempadankan hanyalah hutan nipah sekitar 30 meter tebalnya.

Tanyalah pada kira-kira 5000 keluarga yang hidup di sekitar tapak kandang dan penyembelihan babi itu, apa kah derita yang mereka alami? Dan derita ini bagi generasi berusia belasan tahun pada masa ini adalah satu warisan yang mereka warisi sejak zaman datuk dan nenek mereka.

Apabila Majlis Bandaraya Alor Setar membuat keputusan untuk merobohkan kandang dan pusat penyembelihan babi ini DAP mengamuk bukan kepalang. Apakah DAP berfikir tempoh sebulan yang diberikan oleh kerajaan ‘suaminya’ adalah satu tempoh yang pendek sedangkan 3 keturunan penduduk Melayu Islam berhadapan dengan pelbagai trauma dan rasa terkilan kerana babi dibiarkan berkandang disekitar perkampungan mereka lebih dari 4 dekad.

Tahukah DAP bahawa orang Melayu sejak zaman Barisan Nasional memberi undi kepada pemimpin Cina sama ada untuk DUN ataupun Parlimen dikawasan tersebut namun tidak seorang pun pemimpin Cina dari BN mahupun PR sekarang mengambil kira perasaan 3 keturunan orang Melayu dikawasan itu.

Kenyataan pemimpin DAP Kedah, Thomas Su bahawa tindakan MBAS dan MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bahawa tindakan meroboh kawasan itu sebagai tidak adil adalah satu kenyataan buta biji mata. Beliau boleh bertanya kepada bekas pemimpin MCA, Datuk Chor Chee Heung yang membesar dan sebahagian daripada penduduk dikawasan ini adalah rakan sekolahnya bahawa isu kandang babi itu dibangkitkan sejak tahun 70 an hinggalah pada tiga penggal Datuk Chor menjadi ahli parlimen mewakili MCA.

Teman-teman saya yang sejak kecil terpaksa menggadai punggung untuk dirotan semata-mata ingin memakan buah nipah atau menangkap ikan hingga kini hidup dengan trauma yang sama dan menggunakan ‘akta yang sama’ untuk anak anak mereka seperti peraturan yang pernah diperintahkan oleh datuk nenek dan ibu bapa mereka berikutan kewujudan kandang babi ini.

Tanyalah pada peniaga sayur di pasar Mergong atau mereka yang meniaga di kedai-kedai barang pasar mengenai trauma persoalan penduduk terhadap sayur kangkung yang dijual. Selagi mereka tidak boleh meyakinkan pembeli bahawa kangkung itu tidak dikutip dipersekitaran paya kandang babi itu, maka tidak ada yang sudi membeli malah mungkin kedai tersebut akan kehilangan pelanggan Melayu Islam kerana bimbang sayur kangkung yang dijual itu berbajakan sisa buangan babi.

Tanyalah peniaga-peniaga Melayu Islam di pasar Mergong serta peniaga-peniaga gerai makan disitu apa perasaan mereka ketika mula menyiapkan tapak perniagaan seawal jam 4.30 pagi dan pada masa yang sama lori yang mengangkut daging sembelihan babi keluar masuk menuju jalan utama pada jarak 50 hingga 100 meter dari tapak perniagaan mereka. Untuk makluman, orang Melayu tidak pernah berpiket, berkonfrontasi malah tidak pernah sekalipun dalam sejarah mengadakan sebarang perhimpunan provokatif terhadap kewujudan kandang babi itu.

Selama 40 tahun, apa yang dilakukan oleh pengundi-pengundi Melayu yang sentiasa mengundi calon Cina yang diletakkan sama ada oleh kerajaan BN ataupun PR ialah menulis surat demi surat memohon secara baik dan bersopan supaya lokasi kandang babi itu dipindahkan ketempat yang lebih sesuai dan secara bertamadun menghormati sensitivit lebih 80% masyarakat Melayu dan hidup dan mencari rezeki disekitar pusat penyembelihan yang amat sensitif.

Kalau hari ini DAP ingin ‘bercerai’ dengan Pas hanya kerana babi sebagai puncanya saya boleh mengagak betapa rapuhnya kedua-dua parti itu ketika membentuk kerajaan campuran selepas pilihanraya yang ke 12 lalu. Menteri Besar Kedah telah menyatakan pendirian tegasnya selaku wakil Pas yang mengepalai kerajaan negeri dan DAP melalui Thomas Su dengan tegas telah menuntut ‘cerai’ dengan alasan kerajaan Pas tidak menunaikan keadilan. Dengan notis 1 bulan yang disifatkannya sebagai jangka waktu yang singkat.

Thomas Su nyata buta sejarah dan tidak celik mata. Beliau tidak pernah sedar bahawa orang Melayu telah mengemukakan isu ini sejak tahun 70 an dan pada era kerajaan BN kepimpinan Umno masih bertoleransi dengan MCA mengenai kedudukan pusat penyembelihan babi ini dan penghuni Melayu meneruskan kehidupan mereka selama 4 dekad dengan sentiasa makan hati kerana setiap kali pilihanraya, pilihan yang adalah memilih calon pemimpin cina sama ada dari BN atau DAP.

Bagi saya, ‘perceraian’ ini membuktikan pakatan rakyat tidak memahami kehendak rakyat. DAP menjadi sensitif kerana babi dan pemilik pusat penyembelihan itu adalah bersifat Cina dan menganggap ketidakadilan Pas adalah bersifat perkauman Melayu.

Krisis ini berlaku selepas 3 tahun PR dibentuk sedangkan selama lebih 6 pilihanraya yang lalu, saya sudah melihat dan merasa bagaimana sabarnya orang Melayu terhadap kedudukan kandang babi ini disekitar kehidupan mereka dan bersikap tolenrasi terhadap masyarakat Cina semata-mata untuk menjaga keharmonian hubungan kaum.

Apabila DAP menjadikan ini sebagai isu perkauman, percayalah, ia tidak akan memenangi hati orang Cina tetapi pastinya menyinggung perasaan 80% penduduk Islam disekitar kawasan itu. Dan kepada Nik Aziz yang bangga dengan ‘isteri mudanya’ DAP barangkali hari ini, ia perlulah mencari dalil dan nas untuk membela ‘isteri mudanya’ agar babi tidak menjadi punca ‘perceraian rumahtangga’ PR.

Jadi sibuklah Tok Guru kerana macam biasa ‘isteri muda’ kenalah selalu dijaga dan dimanja-manja. Bukan mudah parti Islam seperti Pas nak menceraikan ‘isteri mudanya’ yang sangat seksi dengan semangat perkauman itu.

July 1, 2009

Jangan Sekali-kali Lupakan Sejarah

Filed under: Kritikus... — zra1516 @ 2:26 pm

Kata-kata Bung Karno yang popular ini bolehlah dirujuk kalau kita ingin bercakap tentang perpaduan Melayu. Bagi saya, kita belum berada dalam satu peringkat survival atau dipersimpangan jalan untuk menyifatkan persekitaran politik orang Melayu pada ketika ini sedang berada pada tahap kronik atau konflik.

Orang Melayu mengambil masa hampir 450 tahun untuk mengenal apa itu erti perpaduan; apa itu perjuangan; apa itu maruah dan kebebasan dan apa itu erti sebuah negara bangsa yang bertunjangkan kepimpinan Melayu.

Dari zaman jatuhnya Melaka ke tangan Portugis pada 1511, puluhan tahun sebelum itu, dipenghujung era Kesultanan Melaka, perpecahan telahpun wujud dikalangan masyarakat Melayu akibat permainan politik antara Tun Mutahir dan Tun Ali.

Melaka jatuh atas dua faktor. Kekucar-kaciran politik dalaman serta faktor kehadiran armada Portugis dengan senjata dan strategi peperangan yang lebih moden.

Dalam tempoh 450 tahun, orang Melayu dijajah dan digari oleh empat bangsa asing yakni Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan selepas perang dunia ke 2, pada tahun 1945, Inggeris kembali memerintah negara ini dan hanya 12 tahun kemudian, orang Melayu mampu menuntut kemerdekaan ketika India dan Indonesia lebih dulu berjaya mendapat pengiktirafan negara bangsa yang merdeka berikutan kelemahan Belanda dan Inggeris setelah berakhirnya perang dunia ke 2 di Eropah.

Dalam tempoh 450 tahun, orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dengan kesedaran yang paling naif. Begitu ramai pejuang muncul namun pengikutnya hanyalah sedikit. Selama 450 tahun, orang Melayu seakan-akan menganggap hidup hanya menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi dan apa yang ditakdirkan berlaku terhadap diri mereka.

Nama-nama pejuang seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Sagor, Dol Said, Abdul Rahman Limbung, Datuk Maharajalela, Raja Ali Haji, Rosli Dhobie dan Mat Salleh hanyalah sejumlah dari sekian banyak nama yang gugur ditangan penjajah ketika berjuang dengan sokongan keperwiraan yang sangat kecil.

Orang Melayu hanya mula sedar apabila wujud kongress 1946 di Johor yang membawa kepada penubuhan Umno. Itupun perpecahan berlaku dalam proses mencapai kemerdekaan apabila wujud dua falsafah yang berbeza dimana golongan kanan memilih jalan perundingan manakala golongan kiri (AWAS dan API) memilih gerakan bersenjata dalam menentang Inggeris.

Akhirnya, Rashid Maidin, Ahmad Sidi, Wahi Anwar dan Shamsiah Fakir antara pemimpin pada waktu itu memilih untuk masuk ke hutan dan bergabung dengan Parti Komunis Malaya, pimpinan Chin Peng dengan menubuhkan regimen khas PKM Melayu dengan nama Regimen 10 Zulhijah.

Selama 52 tahun kita merdeka dan 12 kali melalui pilihanraya, orang Melayu sudahpun berada dalam kancah perpecahan terutama dalam Umno dengan golongan yang menolak idealisme nasionalis menubuhkan parti baru dengan keluarnya Datuk Onn maka wujudlah Parti Negara.

Kemudian orang Melayu berpecah lagi apabila wujudnya golonga fundemental Islam dan tertubuhlah Parti Pas. 1987, orang Melayu berpecah lagi apabila Tengku Razaleigh dan senarai nama besar pemimpin-pemimpin Umno keluar dan menubuhkan parti Semangat 46. 11 tahun kemudian, orang Melayu berpecah lagi apabila Anwar Ibrahim yang disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno dipecat dan menubuhkan parti Keadilan.

Politik orang Melayu tidak pernah menjadi bongkah besi yang padu tapi sepanjang zaman ia sentiasa laksana pinggan yang retak. Orang Melayu masih belum faham mengenai nilai seorang pemimpin dan erti sebuah gerakan. Justeru, parti seperti Umno yang pernah menyatukan orang Melayu dalam kebangkitan menentang Malayan Union hari ini masih melalui kemelut perpecahan.

Ini kerana orang Melayu masih menganggap politik adalah siapa pemimpin. Maka itu, senang bagi mereka yang memimpin untuk mengambil kesempatan dari sikap ketaksuban orang Melayu terhadap pemimpin untuk dimanipulasikan.

Orang Melayu pernah menjadi komunis untuk survival politik. Orang Melayu pernah mempertikaikan antara nasionalis dan Islam dalam konteks politik tanpa memikirkan kedua-duanya adalah roh dan jasad bagi kewujudan bangsanya. Orang Melayu boleh meninggalkan Umno dengan menganggap parti nasionalis tidak berteraskan Islam dan kemudian menubuhkan parti Islam dan boleh pula duduk kemudiannya duduk semeja dengan parti bukan Melayu dan lebih aneh mempunyai pendapat yang sama terhadap Umno.

Ini yang aneh.

Gerakan Islam mengaggap gerakan nasionalis Melayu tidak lagi relevan lalu menwujudkan gerakan Islam dan kemudian bersatu dnegan parti bukan Melayu untuk menyerang dan memusnahkan identiti nasionalisme.

Jadi tidak hairanlah, Umno pernah dianggap kafir dan sekarang dianggap komunis.

Pas sungguh aneh. Bagaimana mereka boleh mempunyai tolenransi yang luar biasa untuk bergabung dengan DAP yang mempunyai sejarah perkauman yang luar biasa semata-mata untuk menyerang Umno kerana bencikan idealisme nasionalis. Pas amat menghairankan, Umno boleh dianggap kafir dan komunis manakala DAP boleh dianggap sebagai rakan politik.

Pas boleh menemui pelbagai dalil dan nas untuk mencelah Umno dan pada masa yang sama boleh mencari dalil dan nas juga untuk menghalalkan kerjasamanya dengan DAP.

Al-Quran dimata Pas tidak lagi menjadi kitab Ad-din. Pas akan menyelak Al-Quran dan mencari hadis untuk menentang dan mencela gerakan nasionalisme Melayu.

Jadi tidak hairanlah idea kerajaan perpaduan gagal dilaksanakan apabila Pas akhirnya mengenepikan cadangan presidennya sendiri untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan bersama Umno. Keputusan ini tidak dapat diukur sebagai kemahuan ahli atau kecenderungan pemimpin-pemimpin tertentu dalam Pas yang enggan menerima atau menyatukan semula identiti Melayu dengan memiliih Islam dan bangsa sebagai roh dan jasad.

Kerajaan Perpaduan sekiranya berjaya dicapai akan menjadi sejarah yang terbesar dalam legasi politik melayu selepas perjuangan menentang Malayan Union dan seterusnya peranan Umno dalam mengetuai perjuangan kemerdekaan.

Alasannya mudah. Penyatuan akan menyebabkan banyak pemimpin akan kehilangan kedudukan ataupun kedudukan mereka didalam Pas akan terancam sekiranya Pas duduk semeja dengan Umno dalam membentuk kerajaan perpaduan. Orang seperti Nik Aziz terlampau banyak membaca kitab tapi masalahnya ilmu yang dimiliki hanya sekadar mampu dihuraikan dalam konteks politik. Nik Aziz tidak melihat ilmu dan pengetahuannya lebih jauh selain daripada menilai ilmunya yang ada itu sebagai aset untuk mendapatkan pengaruh politik.

Oleh kerana orang Melayu taksub kepada pemimpin apatah lagi sebagai besar orang Melayu menganggap orang seperti Nik Aziz adalah pemimpin agama tetapi lupa untuk melihat bahawa Nik Aziz adalah ahli politik yang menggunakan pengetahuan agama sebagai senjata untuk mencari pengaruh.

Orang seperti Nik Aziz yang sentiasa menghunuskan senjata tidak akan pandai berdamai kerana ilmunya adalah alat untuk membunuh musuh. Dan kerana Nik Aziz telah melihat Umno sebagai musuh, beliau sanggup bersekongkol dengan siapa saja termasuk kumpulan anti Melayu dalam misinya untuk membunuh golongan nasionalis yang dibencinya.

Saya percaya, sekiranya Nik Aziz tidak berada dalam Pas atau ditakdirkan tidak lagi berada dalam politik, usaha menubuhkan kerajaan perpaduan mungkin sudah berada pada tahap perbincangan awam tetapi kerana Nik Aziz mengangkat Al-Quran ditangan kiri dan menjulan pedang ditangan kanan sambil melaungkan segala dalil dan nas sesuai dengan kedudukannya yang dianggap ulama, maka penentangan peribadinya terhadap kerajaan perpaduan dianggap sebagai satu hukum yang harus dipatuhi oleh ahli-ahli Pas.

Ulama seperti Haji Hadi dan Nasharuddin Mat Isa, walaupun menduduki dua jawatan tertinggi dalam parti terpaksa mendiamkan diri kerana perlu memelihara suasana harmoni dikalangan pemimpin-pemimpin bertaraf ulama didalam Pas semata-mata untuk tidak memburukkan lagi reputasi Pas dalam konteks politik. Maksudnya kerajaan perpaduan tidak dipertahankan meski dengan satu dalil atau nas oleh kedua-dua pemimpin tertinggi ini semata-mata untuk tidak memperlihatkan kepimpinan ulama dalam Pas sedanga menuju jalan perpecahan. Maka itu tidak hairanlah banyak kebenaran yang dalam idea kedua-dua pemimpin kanan Pas ini disenyapkan begitu saja apabila Nik Aziz terlalu garang dan berani menyuarakan pandangan-pandangan peribadinya.

Begitulah bagaimana Al-Quran dan kebenaran digunakan dalam Pas.

Bagi saya, ia tidak digunakan tapi dipergunakan dan diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Pada saya, rujuklah kembali kepada sejarah. Bagaimana kejatuhan Islam bermula? Ia berlaku apabila pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan menggunakan agama untuk mendapatkan pengaruh dan akhirnya empayar yang besar bermula dari Muawwiyah, Abbasiyah, Othmaniyah dan Andalusia jatuh dalam tempoh 400 tahun sedangkan ia boleh dipertahankan sekiranya golongan pemimpin tidak menggunakan kepentingan agama untuk membina empayar politik peribadi mereka.

Sesekali kita harus melihat sejarah dan jangan terlalu taksub pada kata-kata yang mungkin dipergunakan atau diperkudakan atas nama agama yang sebenarnya bermotifkan poiitik.

June 14, 2009

Kejahatan CNN dan Agenda Politik Barat

Filed under: Kritikus... — zra1516 @ 12:50 pm

Seminggu sebelum Pilihanraya Presiden Iran 12 Jun lalu, CNN memberikan liputan luar biasa pada pilihanraya ini dengan menumpukan perhatian memperkenalkan kepada dunia, calon penentang Ahmadinejad.

CNN saban waktu setiap hari membuat lintas langsung ke Tehran dengan fokus kepada Mir Hossein Mousavi dan isterinya dengan menumpukan kepada pandangan-pandangan luar biasa Musave terhadap dasar luar Iran dan disifatkannya dirosakkan oleh Ahmadinejad.

Musave merujuk Ahmadinejad sebagai orang yang bertanggungjawab  memusnahkan ekonomi Iran berikutan sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadap negara revolusi Islam itu dengan menyifatkan isu nuklear yang dipertahankan oleh Ahmadinejad menjadikan Iran terpulau dan dikenakan sekatan antarabangsa.

Ada unsur -unsur yang jelas dapat dilihat dalam paparan CNN, Mousavi adalah tokoh pembaharuan Iran yang mampu menyingkirkan Ahmadinejad yang dianggap degil terutama berhubung dasarnya untuk tidak berundur dari isu pengayaan Uranium bagi pembanggunan rektor nuklear untuk tujuan sumber tenaga.

Ahmadinejad popular dikalangan golongan muda Islam ketika beliau bertanding pada pillihanraya 2005 sebagai calon radikal yang ingin memastikan Iran bangkit menjadi kuasa vokal dalam menentang dan mengkritik dasar White House ketika bekas presiden George W.Bush begitu agresif dalam dasar luarnya terhadap Iran, Sudan, Iraq dan Afghanistan.

Berbalik kepada Mousavi, CNN memberikan gambaran bekas perdana menteri Iran itu sebagai seorang tokoh diplomatik yang moderat dan toleran, sekaligus akan membantu mengimbangi ketegangan di Asia Barat terutama sikap anti Israel yang jelas menjadi dasar utama Ahmadinejad sepanjang lima tahun mengetuai kepimpinan politik Iran.

Usaha CNN dengan laporan berat sebelahnya turut mengaitkan latar belakang Ahmadinejad sebagai penyokong keganasan dengan membangkitkan isu kenyataan kontroversial Presiden Iran itu yang menyifatkan Israel tidak layak wujud di muka bumi ini.  CNN dengan terperinci mengupas pembabitan Iran dengan kebangkitan golongan radikal Syiah di Iraq serta sokongan Tehran terhadap Hamas di Palestin dan Hezbollah di Lubnan. Ahmadinejad diberi gambaran sebagai pemimpin yang diasingkan oleh masyarakat Arab kerana turut mempunyai hubungan militan dengan Syria berhubung isu Palestin dan Lubnan.

Sepanjang seminggu sebelum proses pembuangan undi, ciri-ciri keganasan dan sikap permusuhan Ahmadinejad menjadi liputan utama berselang seli dengan laporan yang menggambarkan imej saingannya, Mousavi sebagai tokoh pembaharuan yang dinanti-nantikan oleh dunia seperti ketika Obama bertanding merebut jawatan White House.

Mousavi mendapat publisiti meluas termasuk disifatkan sebagai calon yang moderat dengan menggunakan Facebook sebagai senjata kempen, seolah-olah calon saingan Ahmadinejad itu tidak mendapat ruang publisiti dari media massa Iran.

Mousavi memecah tradisi berkempen di Iran selepas 30 tahun negara itu melalui revolusi Islam yang menjatuhkan sistem beraja Shah Iran melalui perjuangan Ayotullah Khomini, dengan membawa isterinya untuk turut berucap di khalayak pengundi sebagai usaha meraih populariti dikalangan rakyat Iran terutama wanita.

Setelah suruhanjaya pilihanraya Iran mengumumkan Ahmadinejad meraih 62 peratus undi dari jumlah 90 peratus undi yang dikira, serangan CNN tidak juga berakhir. CNN dengan ghairah melaporkan pelbagai tuduhan penyelewengan pengiraaan undi yang didakwa Mousavi serta tunjuk perasaan golongan pelajar di Tehran serta pelajar dan warga Iran di Barat.

Saya melihat fenomena ini sebagai satu lagi titik yang amat penting dalam arus maklumat antarabangsa yang dikuasai oleh media barat terutama CNN dan BBC.

Malaysia pernah melaluinya pada 1998 ketika kebangkitan penyokong Anuar Ibrahim mengadakan demontrasi berikutan pemecatan dan penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri itu atas tuduhan meliwat. CNN dengan agresif memaparkan aksi keganasan pihak polis membelasah penunjuk perasaan di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka dan Masjid Negara.

Liputan CNN pada ketika itu memberikan gambaran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, sebagai diktator yang menggunakan polis untuk mengekalkan kuasanya dalam mengekang kebangkitan rakyat, hingga dimata dunia timbul kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia.

CNN yang berpusat di Atlanta, Amerika Syarikat, melalui rangkaian antarabangsanya sentiasa cuba mempromosikan saluran itu sebagai media dunia yang bebas dari kepentingan mana-mana parti politik mahupun pengaruh mana-mana kuasa dunia. Namun dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim dan kemenangan Ahmadinejad, CNN jelas adalah media AS yang mempunyai kepentingan secara langsung dengan White House dan sekutunya.

Bukan sahaja Tun Mahathir dan Ahmadinejad menjadi mangsa, sebelum ini Presiden Venezuela, Chevez; Presiden Sudan, Omar Bashir dan Presiden Syria, Basha Al Assad serta pemimpin Hezbollah, Hasan Nasrullah  turut menjadi korban liputan berat sebelah CNN.

CNN pada 2 hingga 6 Jun turut menyerang Beijing dengan mengadakan siri laporan khas selama seminggu bagi mengingati 20 tahun berlalunya tragedi Medan Tiananmen yang mengorbankan 2700 pelajar dan penduduk Beijing yang mengadakan demonstrasi pro demokrasi.

Sepanjang seminggu CNN memaparkan impak kejadian itu sebagai satu trajedi yang amat kejam, memalukan dan seolah-olah mahu mengingatkan dunia negara kuasa besar China yang kini bangkit sebagai naga ekonomi antarabangsa adalah sebuah negara yang dikuasai oleh parti Komunis yang zalim.

Kita telah melihat begitu banyak mangsa CNN dan sekarang kita menanti perkembangan terakhir pilihanraya presiden Indonesia yang akan berlangsung Julai nanti. Indonesi sebagai negara Islam terbesar sudah tentu menjadi fokus CNN pada bulan depan, dan tentunya calon pilihan AS akan mendapat sokongan stesen berita antarabangsa itu manakala calon yang tidak disukai sekutu barat akan menjadi korban dari kelangsungan tradisi CNN untuk membunuh  populariti mana-mana pemimpin yang tidak disenangi White House.

Persoalannya sampai bila CNN akan terus menjadi media utama yang harus kita tonton untuk mendapatkan maklumat palsu ketika kita tidak mampu memiliki agensi atau saluran berita tempatan yang berkeupayaan memaparkan maklumat yang benar kepada rakyat Malaysia.

Saya tertanya-tanya apakah agenda menjadikan Malaysia sebagai negara merdeka maklumat akan dapat dilaksanakan ketika kita begitu ghairah membangunkan pelbagai insfrastuktur komunikasi yang menelan belanja berbelas billion ringgit terutama dalam membangunkan rangkaian broadband yang dijangka akan mula dinikmati pada 2011 hingga 2015.

Saya bimbang pelaburan berbilion ringgit ini akhirnya menjadikan kita setakat wal asal balik hasil, dimana insfrastruktur yang dibanggunkan akan menjadi jalan pintas media barat akan terus meracuni fikiran rakyat dan menggunakan segala kemudahan itu untuk terus mengatur agenda mereka bagi kepentingan White House di dalam dan luar negara.

Persoalannya, mampukah kita melangkah pantas untuk memiliki media massa bertaraf antarabangsa, atau terus memikirkan kemungkinan menanggung kerugian operasi bagi mengwujudkan saluran berita antarabangsa tempatan tanpa memikirkan apa akan terjadi kepada pemikiran rakyat serta berbaloikah insfrastruktur digital yang bernilai berbilion ringgit itu digunakan media tempatan yang sedia ada untuk sekadar menaik taraf operasinya tetapi isinya tetap seperti era analog.

Tepuk dada tanya selera.

June 12, 2009

Jurang Perkauman dan Tanggungjawab TV

Filed under: Kritikus... — zra1516 @ 11:22 am

Dalam industri global walaupun wujud begitu banyak rangkaian TV yang bertaraf antarabangsa dan tidak mendokong  sebarang agenda negara bangsa terutama saluran yang berorientasikan berita, namun beberapa isu yang berlaku dan paling drastik selepas peristiwa 11 September 2000,  identiti maklumat melalui program TV tidak lagi mampu mendokong dasar yang bebas dari pengaruh daripada mana-mana negara bangsa.

Kalau pun stesen  TV  cuba mengekalkan dasar yang bebas dalam laporannya namun persepsi terhadap sesuatu isu menyebabkan wujud prejudis dikalangan penonton terhadap mesej dipaparkan. CNN dan BBC umpamanya dianggap sebagai media blok barat dan setiap laporan yang berkaitan dengan krisis ketenteraan, politik dan ekonomi dengan mana-mana negara bangsa terutama Islam akan dilihat sebagai berselimutkan agenda barat.

TV yang pada satu masa dahulu dianggap sebagai rangkaian yang menghubungkan aliran maklumat globalisasi akhirnya dianggap sebagai senjata psikologi yang dimiliki oleh sebelah pihak untuk menyerang pihak yang lain. Malah stesen  yang bukan berorentasikan maklumat seperti National Geography , History Channel dan Discovery Channel turut menerima tempias dimana perisian dokumentari yang bersifat sejagat turut menerima persepsi yang negatif  daripada masyarakat Islam khasnya dan Timur amnya.

Justeru tidak hairanlah pada 6 Jun lalu, berikutan 20 tahun mengenang traged Medan Tiananmen saluran CNN dan BBC dipantau dan apa sahaja berita mengenai tragedi kebangkitan pelajar pro demokrasi di Beijing pada 1989 itu akan diputuskan salurannya.

Bagi China agenda CNN dan BBC dalam memaparkan peristiwa Tiananmen dalah satu agenda kuasa demokrasi yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya Eropah untuk menjejaskan reputasi Parti Komunis di China dan secara tidak langsung melancarkan perang psikologi ke atas masyarakat dunia yang kini mula berpaling kepada China sebagai satu kuasa ekonomi dan politik yang sangat berpengaruh.

Kembali kepada institusi TV yang dianggap sebagai sebahagian daripada perniagaan komunikasi dan hiburan yang mempunyai aset pendapatan paling tinggi dalam industri hari ini, di Malaysia stesen TV  yang berorentasikan komersial secara konvensionalnya masih lagi mengekalkan orentasi untuk menguasai pasaran iklan melalui rating  dan pendapatan  manakala fokus perniagaannya pula hanya terarah kepada kumpulan sasaran mengikut stategi umur kelas pendapatan kawasan tontonan dan paling penting ialah menguasai masyarakat sebagai stesen utama.

TV  samada melalui saluran berita yang mungkin mewakili sekitar 10% perisiannya, manakala selebihnya program yang berunsur hiburan, kini meneruskan peperangan untuk menguasai rating penonton melalui kaedah penyebaran maklumat yang paling pantas tepat dan terperinci manakala program hiburannya pula akan terarah kepada perisian yang mampu menarik kuasa tontonan yang tinggi dikalangan penonton.

Saya tidak fikir mana-mana stesen TV  di negara ini menyediakan satu kaedah penyelidikan di dalam pelan perniagaan mereka berhubung persekitaran sosial terutama hubungan kaum. Ini kerana fokus perniagaan setiap saluran TV hanya melihat kepelbagaian kaum dikalangan penonton melalui kelas umur, pendapatan dan kawasan tontonan dalam erti kata yang lain analisa mengenai kepelbagaian kaum hanya dibuat di dalam skop bagi fokus penyusunan rancangan untuk mendapatkan rating penonton bagi mengaut keuntungan pengiklanan.

Pada saya, selepas pilihanraya ke- 12 yang lalu, wujud satu persekitaran yang sangat membimbangkan di negara ini terutama berhubung pola pengundian yang berteraskan kepada parti dan kaum. Pola yang mencetuskan jurang perkauman ini sudah pasti tidak dapat diletakkan dalam fokus perniagaan mana-mana stesen TV kerana isunya tidak berkaitan dengan rating dan pasaran iklan.

Ketika ini, sewaktu jurang perkauman semakin memuncak berikutan analisis pilihanraya yang menunjukkan bahawa wujud unsur perkauman dalam  pola pengundian dan ketidakstabilan, ini menjadi bertambah serius kerana sentimen pilihanraya  dua tahun lalu terus berlarutan hingga sekarang.

Memandangkan kempen pilihanraya yang lalu, serta pembentukan kerajaan pembangkang serta kegagalan kerajaan menguasai dua pertiga majoriti Parlimen, membuatkan isu-isu pilihanraya terus bersemarak dan mencapai tahap yang serius berikutan kemelut politik di Perak.

Saya tidak fikir analisis ini bertujuan memperlekehkan peranan TV  yang kelihatannya langsung tidak memainkan peranan bagi memulihkan kesan jurang antara kaum yang berlaku sewaktu pilihanraya. Operasi TV terus berkisar dalam perlumbaan untuk menguasai berita-berita sensasi manakala produk hiburannya kini sedang berperang untuk menguasai rating tontonan dan penguasaaan SMS  melalui program realiti  TV, menguasai rating penonton melalui telenovela import serta mula mempersiapkan program tempatan untuk mengambil alih budaya telenovel yang sudah menampakkan kecenderungan bakal menguasai rating penonton di TV. Ini antara kesan yang menyebabkan usaha-usaha ke arah pemulihan hubungan kaum hampir tidak kelihatan menjadi agenda penting operasi TV.

TV dalam konteks ini berjaya memisahkan dirinya daripada terbabit dalam kemelut politik terutama soal perkauman. Alasannya mudah, operasi TV akan berusaha sejauh mungkin daripada membabitkan diri dalam isu ini kerana strategi fokus perniagaan mereka akan terjejas sekiranya stesen TV  tersilap langkah dan diangggap memihak kepada mana-mana kaum.

Stesen  TV bimbang sekiranya ia terlihat memihak terhadap sesuatu kaum bererti ia akan kehilangan rating penonton daripada kaum yang lain. RTM masih meneruskan usahanya dalam isu perpaduan tetapi dengan gaya lama yang sangat didaktik sehingga program –program hubungan kaum  masih lagi berorentasikan gaya lama ala drama Empat Sekawan.

RTM sebagai media kerajaan kelihatan tidak berdaya mencari ruang yang lebih kreatif untuk melaksanakan tanggungjawab sosial bagi memulihkan jurang perkauman yang tercetus kesan daripada pilihanraya yang ke -12 dan impaknya, tiada kuasa yang mampu mengimbangi kesan perkauman ini daripada terus berleluasa ketika parti-parti politik pasca pilihanraya terus menjana isu perkauman bagi memastikan parti-parti yang berorentasikan kaum dapat  mengekalkan momentum sokongan hingga menjelangnya pilihanraya ke- 13 pada tahun 2012.

Jadi saya tidak hairan jika hingga pada hari ini usaha kerajaan untuk memulihkan semula jurang perkauman terlihat tidak mendapat sokongan saluran TV. Maka itu bukanlah suatu yang mustahil hingga hari ini masyarakat masih tertanya-tanya apa itu agenda Satu Malaysia yang sedang diusahakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya merasa gusar apakah langkah pasif untuk tidak mempromosikan idelisme Satu Malaysia ini mempunyai kaitan dengan kebimbangan operator TV untuk tidak dianggap menyokong agenda Perdana Menteri ini seolah-olah menyokong kerajaan.

Apakah stesen TV bimbang dengan mempromosikan agenda ini mereka akan kehilangan penonton dari kalangan pengundi yang tidak menyokong kerajaan pada pilihanraya yang lalu. Saya juga tidak pasti apakah pihak TV faham bahawa matlamat Satu Malaysia tidak mempunyai kaitan dengan kepentingan dengan agenda politik partisan tetapi sebaliknya adalah satu agenda negara untuk mengukuhkan kembali saf masyarakat berbilang kaum dinegara ini yang sedikit terjejas pada pilihanraya yang lalu berikutan meningkatnya fenomena politik parti dan kaum dalam pola pengundianya.

Sekiranya stesen TV terus berdiam diri dan enggan membabitkan diri dengan agenda ini semata-mata bimbang dianggap memihak kepada kerajaan dan kehilangan penonton daripada kalangan penyokong pembangkang, ia satu tragedi yang amat memalukan di dalam sejarah mediamasa di negara ini.

Saya percaya sekiranya tiada tindakan drastik yang dilakukan oleh stesen TV tempatan dalam membantu mengukuhkan kembalikan hubungan kaum dinegara ini, maka akhirnya, Perdana Menteri terpaksalah bekerja bersendirian dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan matlamatnya, seolah-olah negara ini adalah sebuah negara yang tidak memiliki kuasa media penyiaran.

Nik Aziz: Peliharalah Lidah Laksana Ulama

Filed under: Kritikus... — zra1516 @ 10:02 am

Isu Kerajaan Perpaduan ternyata menjadi kemuncak dan sekaligus ujian yang cukup getir bagi Nik Aziz hingga akhirnya terpapar tindak tanduk yang sukar dipercayai, datang dari pelakuan seorang ulama.
Dalam kontek ini, saya menilai personaliti Nik Aziz dalam soal menterjemahkan kemarahan serta kebijaksaannya dalam mengendalikan lidah dan kata-kata ketika menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap isu dalaman parti.

“Boneka Umno!”

Adalah sesuatu yang tidak munasabah dan sangat keterlaluan apabila secara terbuka Nik Aziz mencela golongan dalam Pas yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan sebagai boneka Umno.

Apakah Nik Aziz tidak sedar bahawa kata-katanya itu akan memberikan interpretasi, bahawa sebagai Musyidur Am Pas beliau secara terang-terangan melabelkan Hj Hadi dan Nasharudin Mat Isa serta sebilangan lagi pemimpin kanan Pas yang menyokong  idea ini, adalah golongan murahan yang kini diperkudakan oleh Umno sebagai boneka.

Saya hanya dapat berisytifar apabila mendengar komen ulama dan Menteri Besar Kelantan ini, yang nampaknya selepas berakhirnya muktamar Pas pada 6 Jun lalu, tidak lagi dapat membendung rasa marahnya terhadap idea Kerajaan Perpaduan yang secara tidak rasmi mendapat mandat perwakilan Pas untuk diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi mengendalikan dialog tersebut sama ada dengan Umno mahupun BN.

Puluhan tahun Hj Hadi berjuang malah pada satu tahap, Presiden Pas ini pernah menyifatkan ahli Umno sebagai kafir, tetapi kematangan berpolitik mengajar Hj Hadi yang juga seorang ulama bahawa muhasabah dan perubahan masa harus mematangkan setiap pemimpin terutama isu yang berkait dengan keharmonian dan perpaduan negara.

Begitu zulmat hati Nik Aziz dan kata-katanya menjadikan lidah ulama tidak lebih daripada lidah orang jalanan yang sangat beremosi dan cetek fikiran dalam berpolitik.

Seperti dalam tulisan saya sebelum ini, saya menganggap tahap kematangan pemikiran Nik Aziz dalam politik tanah air hanyalah di peringkat negeri. Cara Nik Aziz mengendalikan isu-isu nasional jelas menampakkan pengetahuan dan persepsi beliau terhadap agenda kenegaraan amat sempit, sekaligus menjadikan imej Nik Aziz sebagai golongan yang jumud dalam menerima pembaharuan dan terlihat terlalu kolot untuk mengakui politik dan masa harus merubah sudut pandangan setiap pemimpin mengikut keperluan bagi memastikan kepimpinan mereka sentiasa relevan dengan tuntutan zaman.

Sejak bila Nik Aziz mempunyai pandangan yang begitu hina terhadap pemimpin dan ahli-ahli Pas sehingga beliau sanggup melabelkan golongan ini sebagai boneka. Tahukan Nik Aziz perkataan tersebut umpama meludah ke langit dan akhirnya jatuh ke mukanya sendiri?

Nik Aziz sepatutnya bersikap berani dan terbuka sebelum muktamar Pas yang lalu. Beliau pada ketika itu sudah mengetahui wujudnya kumpulan pro kerajaan perpaduan. Justeru, sekiranya Nik Aziz jujur dan ingin menentang idea itu beliau sepatutnya harus lantang dan berani menawarkan diri untuk bertandingan jawatan nombor satu bagi menyelamatkan Pas dari golongan yang disifatkannya sebagai boneka Umno.

Tidak mudah bagi orang seperti Hj Hadi untuk dicela hingga ke tahap boneka. Nik Aziz jangan lupa, ketika kepimpinan Hj Hadi, Pas berjaya menemui zaman kemuncaknya dalam sejarah politik tanah air berikutan mendadaknya sokongan rakyat pada parti itu pada pilihanraya yang lalu.

Majoriti besar yang diperolehi Pas di Kelantan adalah sebahagian daripada pengiktirafan rakyat terhadap Pas secara umum sekaligus memulihkan reputasi Pas yang hanya menang dengan majoriti tipis pada pilihanraya 2004.

Saya fikir adalah tidak munasabah Nik Aziz menganggap kedudukan beliau di Kelantan adalah milik peribadi, kerana walaupun empat penggal memerintah undi orang Kelantan bukan bererti undi peribadi kepada beliau, tetapi undi untuk parti Pas yang diterajui oleh Hj Hadi.

Hari ini lidah Nik Aziz tidak ubah seperti lidah orang jalanan; sekaligus menghilangkan rasa hormat di kalangan orang Islam dalam membezakan mana satu tutur kata orang berilmu, dan mana satu pula kata-kata orang yang jahil.

Pada saya Nik Aziz kini diracuni rasa dendam dan marah yang tidak dapat dikendalikan dan sebagai ulama Nik Aziz harus maklum pada tahap ini apakah jenis nafsu yang sedang mempengaruhi dirinya.

Saya tidak terkejut dengan pelbagai kata-kata yang pernah dilemparkan oleh Nik Aziz sebelum ini terutama terhadap Umno, malah ketika Nik Aziz terlanjur mengatakan “Allah juga samseng.” Pada saya, saya melihat perkataan-perkataan tersebut harus ditafsir dalam bentuk konotatif untuk mencari logik di sebalik hujah kontroversal itu.

Namun apabila Nik Aziz menghina kepimpinan Pas yang pro Kerajaan Perpaduan sebagai boneka Umno, saya mengganggap sudah sampai masanya golongan ulama di dalam Pas mengunjungi Nik Aziz dan membuka selembar dua kitab yang berkaitan adab berkata-kata terutama cara menzahirkan kritikan terhadap rakan seperjuangan.

Kenapa Hj Hadi harus dimalukan melalui kenyataan terbuka yang Nik Aziz sebagai orang lama, sudah tahu implikasi bahawa pandangannya itu akan disiarkan oleh media massa sekaligus berbaur cemuhan kepada Hj Hadi.

Sudah lama dalam satu parti, takkanlah Nik Aziz tidak tahu cara mencari ruang yang terbaik untuk melahirkan pandangannya kepada Hj Hadi melalui saluran silaturrahim yang tentunya lama terbina di dalam Pas.

Kalaulah begini caranya seorang ulama menangani isu politik maka jangan hairanlah kalau esok atau lusa caci maki dan kata nista akan menjadi permainan biasa di kalanga ahli Pas apabila berdepan dengan krisis atau konflik ketidaksefahaman politik.

Bagi saya Nik Aziz sungguh memalukan dan untuk pertama kali sebagai insan biasa, saya berdoa agar Allah melindungi lidah Nik Aziz dari terus berkata-kata seperti seorang yang jahil kerana perbuatan tersebut akan merosakkan identiti ulama di mata umat Islam dan bukan Islam.

Untuk Nik Aziz saya berpesan berhati-hatilah sebagai orang yang berilmu janganlah bertindak mengikut nafsu.

Next Page »

Theme: Rubric. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.